LAILATUL-QADAR : MALAM TERISTIMEWA MELEBIHI KEBAIKAN SERIBU BULAN


Lailatulqadar.
Malam yang paling teristimewa di dalam bulan yang teristimewa iaitu bulan Ramadhan. Malam yang diidam-idam dan dicari-cari oleh umat Islam di seluruh dunia yang hanya dikurniakan pada bulan Ramadhan, penghulu segala bulan. Malam keberkatan dan keampunan, yang diturunkan Allah kepada kita bagi meraikan bulan Ramadhan.

Pahala amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan digandakan sebanyak 70 kali. Dan bagi mereka yang berjumpa atau bertuah dapat beribadat pada malam keberkatan ini pula, segala amalan tersebut akan dilakukan sebanyak 1000 bulan iaitu bersamaan dengan 83.3 tahun. Usia umat Nabi Muhammad tidak seperti umat-umat yang sebelumnya yang hidup ratusan tahun, jadi usia kita yang pendek tidak dapat menandingi amalan umat-umat terdahulu. Namun, kita masih berpeluang menambahkan pahala kita dengan beramal sepenuh amal, pada malam al-qadr ini.

Malam yang diraikan ini adalah untuk memperingati turunnya bimbingan terakhir bagi seluruh umat manusia, iaitu Al-Quran kepada pemimpin terakhir umat manusia iaitu Rasulullah S.A.W. Ia merupakan sebuah penghormatan kepada satu permulaan peringatan yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk memberikan jalan mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

IKUTI KAMI 👇


Comments