[ARTIKEL] CORAK
TERKINI TERORISME ALAF BARU (NEW TERRORISM)
.
-SIRI 4-
.
" TERORISME ALAF BARU (NEW TERRORISM) "
.
Perubahan
teknologi dan perkembangan situasi hubungan antarabangsa telah memberikan
dimensi baru kepada fenomena terorisme global. Aktiviti keganasan kini bukan
sahaja terhad kepada wilayah tertentu tetapi ia telah merebak ke seluruh dunia
selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Fahaman-fahaman radikal kini
telah dieksport ke luar dari wilayah yang bergolak di mana ia menjadi ancaman
kepada negara – negara yang sebelum ini tidak mempunyai pengalaman berhadapan
dengan aktiviti terorisme. Sebagai contohn, fenomena Al Jamaah Al Islamiyah
yang melanda negara-negara di Asia Tenggara pada lewat tahun 1990an adalah
merupakan contoh terbaik bagaimana fenomena atau senario terorisme kini telah
menjadi fenomena global. Kini senario IS pula telah mengisi ruang dan menjadi
agenda keselamatan dunia.
.
Adalah sukar
untuk menentukan tarikh dan masa yang tepat bila berlakunya transisi dari old
terrorism kepada terorisme alaf baru ini. Namun begitu, dengan mengambil
kira beberapa insiden keganasan seperti serangan ke atas World Trade Centre di
New York pada tahun 1993 dan serangan gas beracun Sarin pada tahun 1995 oleh
Aum Shinrikyo di Tokyo Subway System, Jepun memberi petunjuk yang signifikan
bahawa isu terorisme telah memasuki satu fasa dan dimensi yang baru.
.
Menurut Bruce
Hoffman, corak dan ciri keganasan moden
dipengaruhi oleh perjuangan yang bercorak religious motivation. Ini dibuktikan
dengan kemunculan banyak kumpulan-kumpulan fundamentalis yang berpegang kepada
ideologi radikal ekstremis seperti Al-Qaeda dan Islamic State (IS). Punca
kewujudan kumpulan seperti Al-Qaeda adalah kesan peninggalan daripada pasca
Perang Afghanistan di era 80an. Pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan yang
kembali dari Afghanistan kembali semula ke negara asal mereka dengan membawa
fahaman radikal yang diperoleh dari kem-kem latihan di Afghanistan (contohnya
Kem Sa’ada, Kem Herat dan Kem Torkham). Kepulangan mujahid-mujahid ini dari
medan perang Afghanistan telah mencetuskan satu dimensi baru di negara asal
mereka. Sebagai contohnya, bekas mujahid dari Indonesia menubuhkan Al Jamaah Al
Islamiyah, bekas mujahid dari Selatan Filipina menubuhkan Kumpulan Abu Sayyaf
dan bekas mujahid dari Malaysia menubuhkan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Bekas-bekas pejuang dari Timur Tengah pula kembali ke negara asal mereka dan
menubuhkan pelbagai organisasi seperti mana Abu Musab Al Zarqawy yang
menubuhkan Bay’at Al Imam di Jordan yang kemudiannya ditukar nama sehingga
menjadi IS pada hari ini.
.
Sumber: Lt Kol Dr
Zulkarnain Haron dan Lailatul Afizdha Arip, Sel Keganasan, Direktorat Analisis,
BSPP
.
IKUTI KAMI 👇
.
https:/facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment