SIRI 5: " CIRI-CIRI TERORISME ALAF BARU "



[ARTIKEL] CORAK TERKINI TERORISME ALAF BARU (NEW TERRORISM)
.
-SIRI 5-
.
" CIRI-CIRI TERORISME ALAF BARU "

Berdasarkan taktik, teknik, strategi, motif dan orientasi kumpulan-kumpulan pengganas dewasa ini beberapa ciri terorisme alaf baru dapat dirumuskan. Antara ciri-ciri terorisme alaf baru yang sangat signifikan adalah seperti berikut:

1.       Penajaan. State sponsorship masih relevan dalam konteks terorisme moden. Negara-negara terlibat berperanan dalam memberi tempat latihan militansi, membekalkan senjata api dan sebagainya untuk kepentingan negara berkenaan. Antara negara yang diklasifikasikan adalah seperti Iran, Iraq dan Afghanistan yang mana negara-negara ini dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda, Lashkar-i-Jhangvi (Afghanistan) dan Syria (Hizbullah di Lubnan).

2.       Orientasi. Pengganas alaf baru lebih berorientasi/berlatarbelakangkan agama berbanding orientasi sekular.

3.       Keahlian. Disebabkan perkongsian ideologi, motivasi dan inspirasi ini maka lahirlah kelompok generasi pengganas baru yang kini digelar sebagai lone wolf atau part time terrorist

4.       Latihan. Pengganas-pengganas alaf baru ini tidak mempunyai latihan yang formal dalam aspek ketenteraan berbanding kumpulan-kumpulan pengganas di era 1960an-1980an kerana mereka lebih didorong oleh sentimen perkongsian motivasi dan inspirasi untuk melakukan aktiviti keganasan.

5.       Kekuatan. Kumpulan pengganas alaf baru juga mempunyai keanggotaan yang lebih ramai seperti Al-Qaeda yang mempunyai ahli seramai 4000-5000 orang, manakala militan IS mampu merekrut seramai 28,000-32,000 pejuang asing dan jumlah ini tidak termasuk dengan jumlah militan tempatan yang direkrut di Syria dan Iraq.

6.       Komunikasi. Walaupun kumpulan pengganas alaf baru ini dianggotai oleh amatur atau individu yang kurang terlatih, namun, dengan perkembangan teknologi internet yang menjadi medium perhubungan global ketika ini segala bentuk komunikasi dan latihan ia boleh didapati dan dilakukan dengan mudah.

Sumber: Lt Kol Dr Zulkarnain Haron dan Lailatul Afizdha Arip, Sel Keganasan, Direktorat Analisis, BSPP
.
IKUTI KAMI 👇
.
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments