[ARTIKEL] CIRI-CIRI TERORISME ALAF BARU - SIRI 5 - (sambungan)


[ARTIKEL] CORAK TERKINI TERORISME ALAF BARU (NEW TERRORISM)

-SIRI 5- sambungan

" CIRI-CIRI TERORISME ALAF BARU "

7. Motivasi. Perubahan ini lebih bercorak kepada kebangkitan fanatisme keagamaan. Agama dimanipulasikan untuk mencapai tujuan dan objektif sesuatu kumpulan pengganas serta dijadikan motivasi untuk membenarkan anggota mereka mengambil tindakan keganasan ke atas sasaran. 

8. Kemunculan Ideologi Exotic. Kini terdapat isu-isu yang  exotic yang menjadi platform atau ideologi untuk sesetengah kumpulan melakukan keganasan. Sebagai contohnya, ideologi berasaskan exotic ini adalah seperti isu alam sekitar misalnya bantahan terhadap aktiviti pembalakan, pemburuan haiwan, anti-keguguran dan sebagainya. Kebiasaannya mereka ini terdiri daripada aktivis dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGOs)  seperti  Earth Liberation Front (ELF) dan Animal Liberation Front (ALF)  dipercayai bertanggungjawab  ke atas pelbagai serangan ganas dan sabotaj di Amerika Syarikat (AS).

9. Pengunaan Senjata Bukan Konvensional. Apa yang menarik perhatian dan mencetuskan kebimbangan adalah teroris alaf baru telah mula menunjukkan minat mereka untuk menggunakan senjata bukan konvensional dalam melakukan serangan keganasan. Senario ini dibuktikan dengan penggunaan gas sarin oleh Soko Asahara dalam serangan di Tokyo Subway Station. Taktik dan modus operandi yang sama juga telah mula ditunjukkan oleh kumpulan pengganas lain seperti percubaan menggunakan gas sarin oleh kumpulan pengganas di Indonesia.

10. Pendanaan. Terorisme alaf baru menyaksikan bahawa mereka berupaya mendapatkan dana sendiri tanpa bantuan dari state sponsor. Fenomena IS kini dengan jelas menunjukkan corak sebegini di mana IS mampu mencari dana untuk pengoperasian mereka dan kini IS adalah merupakan kumpulan pengganas yang paling kaya dalam sejarah terorisme.

11.  Imej Keganasan. Salah satu perkara yang sangat signifikan untuk menerangkan corak terorisme alaf baru adalah skala dan impak keganasan yang mereka lakukan. Pengganas moden kini lebih ganas, lebih kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Mesej yang mereka ingin sampaikan adalah keganasan yang melepasi norma-norma kemanusiaan
 Sumber: Lt Kol Dr Zulkarnain Haron dan Lailatul Afizdha Arip, Sel Keganasan, Direktorat Analisis, BSPP


IKUTI KAMI 👇
.
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments