[SIRI]- ERA OLD TERRORISM


[ARTIKEL]CORAK TERKINI TERORISME ALAF BARU (NEW TERRORISM)
-SIRI 3-
ERA OLD TERRORISM
.
Pengkaji keganasan menyatakan aktiviti-aktiviti keganasan sekitar era 1960an hingga 1980an memenuhi ciri-ciri dan dimensi ‘old terrorism’. Keganasan politik berhaluan kiri dilihat begitu signifikan dalam tempoh ini dengan menyaksikan beberapa insiden rampasan pesawat oleh pengganas dan sebagainya. Antara insiden lain yang signifikan termasuk insiden pembunuhan sembilan atlet Israel di Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada tahun 1972.
.
‘Old terrorism’ mempunyai beberapa ciri yang sangat signifikan seperti berikut:
1.       Ideologi Haluan Kiri. Secara amnya, motif perjuangan old terrorist adalah berorientasikan ideologi haluan kiri dan bercirikan sekular. Sebagai contoh  ideologi parti berhaluan kiri adalah seperti Marxisme, Komunisme, etno-nasionalisme dan separatisme (contoh lain seperti Irish, Basque dan Palestin). Pengikut Marxisme menggunakan strategi kekerasan dan keganasan ke atas golongan kapitalis yang dianggap sering melakukan penindasan dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Manakala, perjuangan etno-nasionalisme dilihat lebih berunsurkan faktor pro-etnik tertentu yang memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan etnik yang tertindas ataupun berhasrat untuk bergabung dengan mana-mana negara yang mempunyai etnik yang sama. Misalnya di era 1970an menyaksikan konflik etnik yang dicetuskan oleh parti Communist Khmer Rouge di Kemboja.


1.      Tuntutan Yang Munasabah. Tuntutan “old terrorist” boleh dirunding kerana permintaan kumpulan-kumpulan pengganas pada era itu adalah jelas (contohnya ingin membebaskan ketua atau rakan mereka yang di penjara). 

2.       Struktur Pemerintahan. Organisasi kumpulan pengganas pada era tersebut juga jelas tersusun dengan struktur hierarki pemerintahan yang mengawal sel-sel kecil dibawahnya.  

3.       Saiz Kumpulan. Saiz kumpulan pengganas pada ketika itu juga adalah kecil berbanding dengan saiz kumpulan pengganas pada alaf baru ini.

4.        Wilayah Operasi. Kumpulan pengganas di era 1960an hingga akhir era 1980an beroperasi dalam wilayah yang tertentu sahaja di mana kepentingan mereka terlibat (contohnya menuntut wilayah autonomi). Justeru, aktiviti keganasan tidak merebak keluar wilayah yang tidak terlibat dengan konflik.

5.       Strategi. Kumpulan pengganas di era tersebut juga memilih sasaran-sasaran mereka dengan teliti dan pilihan ini adalah berdasarkan matlamat, kepentingan dan hubungannya dengan tuntutan perjuangan mereka. Contoh organisasi-organisasi keganasan yang berkaitan adalah seperti Palestine Liberation Organization (PLO), Irish Republican Army (IRA) dan Euskadi Ta Askatasuna (ETA). Organisasi seumpama ini bersifat selektif dalam menyasarkan sasaran demi perubahan politik yang diinginkan. Ini kerana organisasi sedemikian bermatlamatkan meraih simpati dan pengaruh orang awam bagi memperkukuhkan kuasa dan kedudukan. Kegagalan memilih sasaran dengan baik berupaya menghalang keseluruhan modus operandi kumpulan tersebut.


1.       Taktik dan Teknik. Taktik-taktik yang digunakan  pada era tersebut juga adalah berbentuk konvensional seperti penggunaan senjata rifle, bom tangan, rampasan kapal terbang dan penculikan pimpinan kerajaan yang mempunyai kaitan dengan perjuangan mereka. 
1.

2.       Penggunaan Senjata Konvensional. Akhir sekali, kumpulan pengganas di era 1960an hingga 1980an tidak menunjukkan minat untuk menggunakan taktik atau senjata bukan konvensional seperti senjata biologi, kimia dan nuklear. Ini kerana penggunaan senjata pemusnah atau bio-kimia dilihat mampu menyebabkan collateral damage yang akan mengurangkan sokongan dan pengaruh mereka terhadap orang ramai. Serangan hanya dilancarkan di dalam lingkungan kawasan pengaruh dan tidak bersifat regional.
.
Sumber: Lt Kol Dr Zulkarnain Haron dan Lailatul Afizdha Arip, Sel Keganasan, Direktorat Analisis, BSPP

FOLLOW US 👇
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments