‘Dark-web’ biasanya digunakan oleh
penjenayah dan temanya adalah jahat dan kejam. ‘Bitcoin’ digunakan sebagai
transaksi kewangan dalam segala urusan jenayah yang dilakukan. Kini, ‘dark-web’
turut digunakan oleh terroris dalam menjalankan aktiviti berkaitan keganasan. Pengganas
telah menjadikan ‘Dark-web’ sebagai alternatif terbaik dan menjadikannya medium
untuk penyebaran ideologi, pendanaan dan merancang serangan di seluruh dunia.
Selain itu, ‘dark-web’ juga dijadikan platform
bagi membeli senjata api dalam aktiviti terancang
oleh kumpulan pengganas. Serangan di
Bataclan Theatre, Paris merupakan salah satu contoh kes pembelian senjata api
di ‘dark-web’. Melalui Majalah Al-Muslimin keluaran ISIS pada 2017, pengikut
diberikan ‘link’ kepada ‘coin-gate’ untuk menyalurkan bantuan kewangan, malah
pengikut juga diingatkan jangan menyalurkan zakat ke akaun ini kerana ianya bersalahan
dengan tuntutan Rukun Islam. Pengikut digalakkan menyalurkan dana dalam bentuk
wakaf dan sedekah melalui saluran ini.
Artikel penuh: Prof Madya Dr Mohd Mizan
Aslam melalui Harian Metro - 28 Mei 2019
SILA IKUTI KAMI DI 👇
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment