"Rahmatan Lil-'Alamin bermaksud Islam membawa rahmat dan kesejahteraan ke seluruh alam. Gagasan ini dipacu Islam dan kemudian disesuaikan dengan konteks lokal. Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW dianggap penyelesaian kepada permasalahan kaum jahiliyah dan masyarakat Arab keseluruhannya tanpa memfokuskan kepada penganut Islam semata-mata, ajaran Nabi Muhammad SAW memberikan keharmonian dan menjamin hak asasi dan kesamarataan dalam masyarakat Arab merentasi agama dan kabilah.
.
"Masyarakat berbilang kaum yang menjadi acuan asas negara ini sebenarnya sedang diancam anasir luar yang ingin melihat kerosakan dan kehancuran negara ini.
.
"Dalam memahami ancaman ekstremisme di Malaysia, salah satu faktor utama adalah rasa tidak puas hati kerana tidak diberikan hak dan ruang seadilnya - menjadikan rasa tidak puas hati, kebencian dan kesangsian semakin menebal dalam masyarakat.
.
"Keadaan ini menyebabkan lahirnya gerakan ekstrem yang diterjemahkan dalam bentuk serangan ganas ke atas etnik lainnya.
.
"Golongan ekstrem akan wujud dalam mana-mana negara atau kelompok masyarakat apabila dua perkara disentuh iaitu agama dan etnik.
.
"Ektremisme agama wujud apabila negara Islam dilihat tidak membawa Rahmat, malah hanya membawa kepada kekayaan, sekularisme dan berkiblatkan kapitalisme."
.
Artikel penuh: Prof Madya Dr Mohd Mizan Aslam melalui Harian Metro - 11 Jun 2019 👉 https://bit.ly/2KI4kTt
IKUTI KAMI 👇
Comments
Post a Comment