[ARTIKEL] FENOMENA FOREIGN TERRORIST
FIGHTERS (FTF) DAN EVOLUSI ANCAMAN KONTEMPORARI
SIRI 4- KEMARAAN FTF DALAM GERAKAN
MUJAHIDIN
Gerakan Mujahidin sebelum ini lebih
bercorak kepada perjuangan menentang pihakpihak yang menindas masyarakat Islam
dan cubaan menjajah negara sepertimana Afghanistan dan Bosnia. Corak serangan
lebih kepada mensasarkan pihak musuh ataupun tentera musuh (legitimate target).
Namun begitu, sebahagian daripada Mujahidin
ini tidak sepenuhnya memperjuangkan perjuangan asal. Peluang ini telah diambil
oleh rangkaian kumpulan pengganas dan FTF untuk mengeksport ideologi radikal
dan memperkembangkan rangkaian serta aktiviti keganasan ke negara-negara
sasaran.
Situasi ini mempunyai persamaan dengan operasi
organisasi Al Qaeda yang cuba memperluaskan pengaruhnya di Bosnia ketika
konflik etnik meletus di negara berkenaan. Untuk tujuan tersebut, seorang komander
dan anggota kanan Osama iaitu Sheikh Abu Abdel Aziz Barbaros telah dihantar ke
Bosnia dengan anggota-anggota Al Qaeda yang lain dan merancang untuk mendirikan
kem Al Qaeda di negara tersebut. Tujuan rancangan ini adalah untuk memenuhi
keperluan logistik Al Qaeda dalam melancarkan serangan ke atas barat khususnya
pengaruh AS di Eropah Timur. Seorang lagi anggota FTF Al Qaeda yang turut
menyertai Perang Bosnia ke atas Serb ialah Ali Hammad. Anggota ini telah
direkrut oleh Al Qaeda di Bahrain.
Sumber: Lailatul Afizdha binti Arip, Peg
Sel Analisa Cwg Anti Keganasan.
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com.alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment