"PENGAKHIRAN SYURGA KHAYALAN."


"Hasil penelitian dan temu ramah dengan beberapa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mosul dan Damsyik membuktikan wujudnya penyesalan dalam diri mereka. Malah, ada yang menghubungi keluarga selain merayu dibantu bagi merealisasikan hasrat pulang ke tanah air.
.

"Semua cerita manis oleh pejuang jihad dan pengikut Daesh sebelum ini hanya retorik. Mereka sanggup meninggalkan kesenangan semata-mata mencari 'syurga'. Malah, sebahagian mereka juga meninggalkan keluarga termasuk pasangan, ibu bapa dan ahli keluarga.
.
"Malah, ada yang menggadaikan masa depan mereka dengan meninggalkan pelajaran semata-mata mencari kebahagiaan hidup dan keredhaan Allah. Sekurang-kurangnya 40 pelajar Malaysia bermula dari sekolah menengah sehingga peringkat universiti mengikut perjuangan Daesh sama ada dalam mahupun di luar negara." - Dr Mohd Mizan Aslam, Pengerusi Kelab Perdana Global Peace Foundation (PGPF), Perlis Chapter 
.
Sumber: Harian Metro - 26 Jun 2019



IKUTI KAMI DI ðŸ‘‡

Comments