SIRI 2- EVOLUSI FTF
Perkembangan evolusi FTF adalah melalui
fasa-fasa berikut:
a.
Perang Afghanistan.
b.
Perang Bosnia Herzegovina.
c. Ad Dawlah Al Islamiya Fil Iraq Wa Ash
Sham (Daesh).
.
A. Perang Afghanistan
Perang Afghanistan bermula pada tahun 1979
hingga 1989 yang menyaksikan kebanjiran besar-besaran pejuang asing ke negara
tersebut. Gerakan ini digelar sebagai gerakan Mujahidin atas sebab matlamat
penubuhannya adalah untuk menentang Tentera Soviet Union dari Rusia serta
menghalau keluar elemen Soviet Union dari Afghanistan yang dianggap sebagai
gerakan atheist. Dengan itu, Jihad Askari (ketenteraan) adalah jalan
penyelesaiannya.
.
Perjuangan Mujahidin ini turut menerima
bantuan logistik daripada Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi dan pembiayaan dana
dari Pakistan. Malahan, sekolah-sekolah agama dan madrasah-madrasah di Pakistan
juga menggalakkan penuntut-penuntut asing untuk menyertai perang ini. Pada
ketika itu, Peshawar di Pakistan telah dijadikan sebagai hub utama kemasukan
gerakan Mujahidin ke Afghanistan.
.
Menyentuh mengenai gerakan Mujahidin,
gerakan ini dipengaruhi oleh seorang pengasas jihad global yang terkenal pada
ketika itu. Pelopor tersebut dikenali sebagai Abdullah Azzam (1941-1989) dari
Palestin. Pada tahun 1984, Abdullah Azzzam telah menubuhkan Service Office di
Afghanistan untuk menguruskan kemasukan Foreign Jihadists ke Afghanistan.
Abdullah menggunakan naratif yang sangat menarik kepada bakal Mujahidin bahawa
adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk berjihad melindungi negara
Islam (Islamic Territory) yang pada ketika itu merujuk kepada Afghanistan.
Beliau juga telah mengeluarkan Fatwa bahawa hukum berjihad di Afghanistan
adalah Fardhu Ain kepada umat Islam. Naratif Abdullah Azzam ini dilihat berjaya
menarik minat gerakan Mujahidin dengan kemasukan hampir 20,000 anggota pejuang
asing dari pelbagai negara ke Afghanistan pada ketika itu.
Salah seorang anggota Mujahidin yang
menganggotai gerakan ini adalah pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden (OBL) yang
kemudiannya menjadikan Azzam sebagai mentornya. Walau bagaimanapun, Abdullah
Azzam telah terbunuh bersama dengan dua anak lelakinya dalam serangan bom pada
bulan November 1989. Meskipun begitu, legasinya telah diteruskan oleh Osama
dengan pembentukan kumpulan Al Qaeda (The Base). Pada masa yang sama, Osama
juga memiliki dokumen Abdullah Azzam yang mengandungi senarai nama-nama pejuang
asing.
Dalam konteks Malaysia, beberapa rakyat
negara ini pernah menjadi alumni Mujahidin semasa era Afghanistan ini. Sebagai
contoh, Nasir Abbas, Zainon Ismail, Samsul Bahri dan Rafi Udin serta
bekas-bekas Mujahid yang pernah ke Afghanistan.
Pasca Perang Afghanistan
Perang Afghanistan tamat pada bulan
Februari 1989 dengan pengunduran Tentera Soviet Union. Sebahagian besar
Mujahidin yang terlibat telah kembali ke tanah air masingmasing. Sebahagian
lagi tinggal di Afghanistan dan Pakistan untuk meneruskan latihan militan.
Pejuang-pejuang yang telah pulang ke negara asal kebanyakannya menubuhkan
kumpulan-kumpulan tertentu untuk menyambung perjuangan jihad dan menyebarkan
ideologi radikal kepada masyarakat tempatan. Ini termasuk Abdurrajak Janjalani
iaitu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf (KAS) dan Zainon Ismail @ Cikgu Nan,
pemimpin Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Sumber: Lailatul
Afizdha binti Arip, Peg Sel Analisa Cwg Anti Keganasan.
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment