[ARTIKEL] FENOMENA FOREIGN TERRORIST FIGHTERS (FTF) DAN EVOLUSI ANCAMAN KONTEMPORARI
SIRI 5- AD DAWLAH AL
ISLAMIYA FIL IRAQ WA ASH SHAM (DAESH) @ ISLAMIC STATE OF IRAQ AND SYRIA (ISIS)
Pembentukan militan
ISIS @ Daesh di bawah pimpinan Abu Bakr Al Baghdadi pada tahun 2014 adalah
hasil produk perang saudara antara penganut Sunni dan Syiah di Iraq dan insiden
Arab Spring di Asia Barat. Gerakan FTF militan Daesh dilihat lebih unik dan
drastik berbanding sebelumnya dengan mengambilkira pelbagai faktor.
Di awal kejayaan Daesh,
dianggarkan sebanyak 25,000 hingga 30,000 anggota Daesh daripada lebih 80 buah
negara adalah terdiri daripada anggota militan asing. Anggaran ini telah
mencatatkan penyertaan tertinggi FTF berbanding dengan gerakan-gerakan
Mujahidin dalam konflik sebelum ini. Sebahagiannya adalah daripada kelompok
seperti berikut:
a. Tunisia – 3000
anggota. b. Arab Saudi – 2500 anggota. c. Morocco– 1500 anggota. d. Lubnan –
900 anggota. e. Rusia – 1500 anggota. f. Uzbekistan – 500 anggota. g.
Turkmenistan – 36 anggota. h. Kazakhstan – 25 anggota. i. Eropah – 4000
anggota. j. AS/Australia/New Zealand – 500 anggota. k. Asia Tenggara – 1000
anggota.
Pada tahun 2005 –
2010, Al Qaeda mempunyai pengikut seramai 5000 anggota di Timur Tengah tetapi
mereka tidak berjaya menarik FTF sebagaimana yang dilakukan oleh Daesh. Dalam
masa 4 tahun (tempoh 2014 – 2017), lebih 30,000 militan asing berada di Iraq
dan Syria. Naratif yang membezakan di antara Mujahidin dan FTF ialah konsep
Khilafah Islamiyah seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
FTF ini tidak hanya
berhijrah ke Syria dan Iraq semata-mata untuk menjadi warga Khilafah Islamiyah
tetapi turut menyertai perang ke atas musuh Daesh sehingga sebahagiannya
mendapat jolokan kelompok yang paling ekstrem dan ganas berbanding Daesh dari
Syria dan Iraq. Mereka dilihat lebih agresif dan kejam dalam melakukan
keganasan ke atas tahanan dan tebusan Daesh khususnya dalam menghukum Tentera
Syria dan Iraq. Serangan bunuh diri di Syria dan Iraq juga kebanyakannya
dilakukan oleh FTF Eropah.
Sumber: Lailatul
Afizdha binti Arip, Peg Sel Analisa Cwg Anti Keganasan.
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment