[ARTIKEL] ISIS: PERANAN INTERNET DAN MEDIA
SOSIAL
Siri 1: Penggunaan Internet Dan Media
Sosial Oleh ISIS
Internet muncul sebagai alat teknologi yang
penting kepada kumpulan radikal Islam dalam proses penyampaian maklumat masa
kini. Penggunaan internet dimanfaatkan oleh ISIS utuk pengambilan ahli baharu,
menyebarkan propaganda dan sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan
sel-sel organisasi yang berbeza. ISIS menggunakan internet dan media sosial
khususnya untuk menyampaikan kempen propaganda. Selain itu, ISIS menggunakan
internet dalam rancangan pengembangan kempen mereka. ISIS adalah kumpulan
pengganas pertama yang mempunyai pengikut yang membesar dengan teknologi dan
menjadikan internet sebagai alat teknologi yang penting kepada kumpulan
tersebut. Perkara ini sangat membimbangkan Amerika Syarikat kerana negara ini
tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan kumpulan teroris yang mahir menggunakan
teknologi siber seperti ISIS.
Penggunaan media sosial menjadi senjata
perangsaraf terbaru kumpulan militan untuk membina pengaruh, perekrutan dan
mengukuhkan ideologi mereka di rantau ini. Seterusnya, media sosial khususnya
video juga digunakan sebagai instrumen untuk membuat ancaman terhadap
negara-negara yang tidak bersetuju dengan kewujudan mereka. Penggunaan media
secara profesional oleh kumpulan militan ini adalah satu fenomena baru.
Kumpulan ISIS memanfaatkan penggunaan media terkini yang berorientasikan
visual.
Teknologi internet dan media sosial tidak
mempunyai kepimpinan berpusat iaitu tidak ada organisasi yang mengendalikan
atau mengawal kandungan yang terdapat di media. Kebebasan dan desentralisasi mewujudkan medan pertempuran digital kerana
maklumat yang dikemaskini untuk menghasut dan mempengaruhi sasaran adalah
golongan muda. Kebanyakan fokus keupayaan ISIS adalah menggunakan keganasan
fizikal secara kejam semasa perkembangan untuk mengekalkan penguasaan di bawah
mereka. Pihak ISIS menggunakan internet bukan sahaja sebagai alat komunikasi
antara kumpulan malah meminta amaran dan bantuan lain dalam pelbagai organisasi
lain.
Sumber :
Siti Rokiah
Ab Rahman & Fadzli Adam
Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti
Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
IKUTI KAMI DI 👇
Comments
Post a Comment