[ARTIKEL] MELAWAN NARATIF-NARATIF ISIS SIRI 1: TUJUAN DAN NARATIF UTAMA ISIS



[ARTIKEL] MELAWAN NARATIF-NARATIF ISIS
SIRI 1: TUJUAN DAN NARATIF UTAMA ISIS
.
Sumber: Lt Kol Dr Zulkarnain Haron



Tujuan naratif-naratif ISIS disebarkan menerusi pelbagai medium serta platform terutamanya media sosial adalah untuk merekrut, menarik sokongan, mendapatkan simpati, memberi tafsiran yang sempit tentang agama, mencari pengaruh, memanipulasi fakta dan memainkan sentimen agar umat Islam seluruh dunia menyokong perjuangan mereka.

Naratif ISIS yang paling utama adalah seruan mengajak umat Islam untuk kembali kepada zaman Khilafah.  Dalam konteks ini, ISIS cuba menghidupkan kembali perjuangan untuk menegakkan sebuah Khilafah Islamiyah yang pernah menjadi zaman kegemilangan umat Islam ketiga suatu waktu dahulu. Malah, ISIS pergi lebih jauh lagi dengan membuat deklarasi bahawa semua umat Islam kini berkewajipan untuk menegakkan sebuah Khilafah Islamiyah dan sesiapa yang tidak menyertai gerakan mereka di kira murtad. 

Penegakan sebuah Khilafah Islamiyah acuan ISIS ini adalah merupakan naratif utama mereka dan lanjutan dari seruan untuk menegakkan sebuah Khilafah ini maka ia berkait pula dengan konsep jihad, hijrah, memerangi dan membunuh kafir harbi dan umat Islam yang telah murtad serta perlaksanaan hukumhukum shariah dalam pemerintahan. Oleh kerana kesemua perkara ini adalah sinonim dengan umat Islam maka ramai umat Islam yang cintakan agama terkeliru dengan naratif-naratif ISIS ini.
.
"Bersama Menentang Ekstremis!"

IKUTI KAMI 👇

https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments