BREST: Seorang lelaki bersenjata
melepaskan tembakan di luar sebuah masjid di barat laut Perancis kelmarin,
mencederakan imam tempatan serta seorang lagi, sebelum melarikan diri dari
tempat kejadian dan kemudian ditemui mati, kata pihak berkuasa.
Ia masih belum jelas apa yang menyebabkan insiden itu berlaku di bandar
pelabuhan Brest di Brittany, namun Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner
berkata beliau telah mengarahkan peningkatan dalam langkah keselamatan di
beberapa tempat ibadat sekitar Perancis.
Imam Rachid El Jay telah terkena
empat das tembakan sementara seorang jemaah yang bersama dengan beliau
mengalami kecederaan akibat dua das tembakan, namun kedua-dua mereka tidak
mengalami kecederaan yang membahayakan nyawa, kata French Council of the Muslim
Faith (CFCM) dan sumber kehakiman. “(El Jay) mengalami dua
tembakan di bahagian perut dan dua di bahagian kaki. Jemaah tersebut pula
ditembak di bahagian kaki sebanyak dua kali,” menurut CFCM.
Pemangku datuk bandar Brest
Trabelsi Hosny berkata imam tersebut sedang berjalan keluar dari masjid bersama
dengan seorang kawan ketika “seseorang yang memperkenalkan dirinya mahu
bergambar dengan imam, yang mana imam itu menyetujuinya.” Lelaki
itu kemudian melepaskan tembakan ke arah imam dan kawannya, kata Hosny. Insiden
berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan, ketika beberapa das tembakan
kedengaran di depan masjid.
Seorang sumber polis me-nyatakan
penembak yang disyaki telah ditemui mati di sebuah kawasan berhampiran lapangan
terbang, kira-kira 10 kilometer dari masjid, dengan kecederaan tembakan maut di
kepala dalam satu tindakan yang kelihatan sebagai membunuh diri.
Sumber berkata lelaki bersenjata itu telah meninggalkan dokumen bertulis
berhampiran di mana mayatnya ditemui.
“Dia tidak dikenali oleh pihak
polis, tiada di dalam fail, dan tidak diketahui sebagai berasal daripada
pergerakan haluan kanan,” menurut sumber. Pihak polis
telah membuka satu siasatan, dengan pejabat pendakwa raya Paris berkata situasi
itu turut disiasat oleh skuad antikeganasan. Ahli farmasi
Brest, Thierry Ropars, yang memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa, berkata
“semuanya berlaku dengan begitu pantas.”
“Saya telah mendengar enam atau
tujuh das tembakan dan ketika saya keluar dari farmasi saya melihat dua orang
yang terbaring di atas tanah, tidak jauh dari pintu masuk ke masjid, tercedera
di bahagian kaki dan perut,” tambahnya. Beliau kemudian
segera merawat luka akibat tembakan itu “untuk menghalang mereka kehilangan
banyak darah.”
Abdallah Zekri dari CFCM berkata
Rachid El Jay pernah diugut oleh kumpulan pengganas Daesh (IS) kerana beliau
telah menyampaikan beberapa ucapan sejajar de-ngan nilai-nilai Republik.”
Romain Caillet, seorang perunding Perancis mengenai isu-isu Islamik, berkata
Rachid El Jay telah menjadi “sasaran oleh pejuang jihad dan kumpulan ultra
kanan disebabkan oleh video imam tersebut yang menjadi tajuk berita.”
Menulis di Twitter, Casta-ner berkata beliau telah mengarahkan kawalan
ke-selamatan dipertingkatkan. “Saya sudah meminta pihak
berkuasa tempatan agar mempertingkatkan ke-selamatan di beberap tempat ibadat
di seluruh negara,” katanya. — AFP
Sumber: AFP via
Utusan Borneo Online
FOLLOW US �
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://www.instagram.com/alhaqcen
Comments
Post a Comment