[ARTIKEL] ISIS: PERANAN INTERNET DAN MEDIA
SOSIAL
Sumber : Siti Rokiah Ab Rahman & Fadzli
Adam
Institut Penyelidikan Produk dan
Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin,
Terengganu.
[sambungan] Siri 2: KEPENTINGAN INTERNET
DAN MEDIA TERHADAP TERORIS [RADIKALISASI DAN KEWANGAN]
4. RADIKALISASI
Radikalisasi merujuk kepada proses
indoktrinasi yang mengiringi transformasi merekrut individu yang ditentukan
untuk bertindak dengan keganasan berdasarkan ideologi ekstremis. Proses
radikalisasi sering melibatkan penggunaan propaganda sama ada disampaikan
secara peribadi atau melalui internet dari semasa ke semasa. Tempoh masa dan
keberkesanan propaganda dan persuasif lain bergantung pada keadaan dan hubungan
individu.
5. KEWANGAN
Selain itu, internet berupaya memperoleh
tajaan dan membiayai tindakan keganasan melalui persatuan organisasi dan
penyokong ISIS. Penggunaan internet oleh ISIS untuk mengumpulkan dana dan
sumber boleh diklasifikasikan kepada empat kategori iaitu ajakan langsung,
e-dagang, alat pembayaran atas talian dan organisasi amal. Ajakan langsung
merujuk kepada penggunaan laman web, kumpulan sembang, penghantaran mel dan
komunikasi sasaran untuk memohon bantuan derma daripada penyokong. Laman web juga
menawarkan tempat simpanan atas talian, buku, rakaman audio dan video dan
lain-lain kepada penyokongnya. Kemudahan pembayaran atas talian memberi
kemudahan menerusi laman web atau platform untuk memudahkan pembayaran
pemindahan secara elektronik antara pihak yang berurusan. Pemindahan dana yang
dibuat melalui pemindahan elektronik, kad kredit atau kemudahan pembayaran
alternatif terdapat melalui perkhidmatan seperti PayPal atau Skype. Penipuan
melalui kemudahan pembayaran dalam talian boleh berlaku seperti kecurian
identiti, kecurian kad kredit, penipuan saham, jenayah harta intelek dan
penipuan lelongan. Keuntungan dari pencurian kad kredit dibersihkan dengan
beberapa cara termasuklah pemindahan melalui akaun pembayaran dalam talian
e-gold yang digunakan untuk mengarahkan dana melalui beberapa negara sebelum
mencapai destinasinya.
Sokongan kewangan yang diberikan kepada
organisasi yang dilihat sah seperti badan amal juga digunakan untuk tujuan
haram. Organisasi-organisasi ini boleh menuntut untuk menyokong matlamat
kemanusiaan sementara derma digunakan untuk membiaya tindakan keganasan. Contoh
organisasi kebajikan yang digunakan untuk tujuan pengganas adalah termasuk
Benevolence International Foundation, Global Relief Foundation dan the Holy
Land Foundation for Relief and Development. Kesemuanya menggunakan cara
penipuan untuk membiayai organisasi teroris di Timur Tengah. Selain itu,
teroris juga menggunakan organisasi amal untuk menutup aktiviti mereka
seterusnya mempromosikan ideologi, menyediakan dan memberi sokongan berbentuk
material kepada kumpulan militan (Maura, 2006).
Pengumpulan dana ISIS yang menggunakan
kempen melalui media sosial berjaya mengumpul berjuta-juta dolar (Camstoll
Group, 2016). Setelah dana diperoleh, mereka menggunakan untuk pengeluaran
senjata, meberi gaji kepada ahli ISIS dan memperkuatkan operasi perkhidmatan
awam dan sosial khususnya infrastruktur. Setelah keluar daripada kumpulan
organisasi al-Qaida, ISIS berkembang menjadi organisasi pengganas yang terkenal
dengan menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui wilayah ditaklukinya.
Organisasi ISIS menghasilkan kira-kira tiga juta dolar sehari untuk membiayai
kos dan diiktiraf sebagai kumpulan teroris terkaya didunia dengan anggaran 2
bilion dolar yang disimpannya (Charles, 2014).
"Bersama Menentang Ekstremis!"
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment