[ARTIKEL] ISIS: PERANAN INTERNET DAN MEDIA SOSIAL
Sumber : Siti Rokiah Ab Rahman & Fadzli Adam
Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
[sambungan] Siri 2:
KEPENTINGAN INTERNET DAN MEDIA TERHADAP TERORIS
2. PEREKRUTAN
Teknologi internet
bukan sahaja diaplikasikan untuk menerbitkan retorik dan video ekstremis tetapi
juga untuk membina hubungan, mendapatkan sokongan dan yang paling penting
adalah menyebarkan propaganda. Organisasi teroris meningkatkan penggunaan
propaganda melalui platform seperti perlindungan laman web yang mempunyai kata
laluan dan mengehadkan akses internet bagi kumpulan sembang sebagai rahsia
pengekrutan. Kemajuan internet menawarkan kepada organisasi teroris dan penyokongnya
merekrut lebih ramai ahli merentasi global. Siber forum memberikan tempat untuk
belajar sesuatu dan menyediakan sokongan kepada organisasi teroris serta
melibatkan dalam tindakan secara langsung dalam objektif teroris. Kemajuan teknologi
yang lebih canggih menjadi halangan aktiviti pengesanan dan penguatkuasa
undang-undang.
Propaganda teroris
menggunakan strategi untuk mempengaruhi golongan yang terdedah dengan internet
dan dipinggirkan oleh masyarakat. Proses perekrutan dan radikalisasi biasanya
memanfaatkan sentimen keadilan, pengecualian dan penghinaan. Faktor-faktor
seperti demografi, umur, jantina dan keadaan sosial ekonomi menyumbang kepada
aktiviti propaganda. Internet merupakan medium yang paling efektif masa kini
untuk pengambilan ahli bawah umur yang merupakan pengguna internet paling
tinggi. Propaganda yang disebarkan melalui internet bertujuan untuk merekrut
golongan ini lebih berbentuk kartun, video muzik popular atau permainan
komputer. Taktik atau strategi yang digunakan oleh laman web dibawah
oraganisasi teroris atau sekutunya yang mensasarkan golongan ini memasukkan
elemen kartun dan cerita kanak-kanak dengan mesej untuk mempromosikan dan
membenarkan tindakan keganasan seperti serangan bunuh diri. Pada masa yang
sama, pihak teroris mencipta dan merancang permainan video atas talian yang
bertujuan untuk melatih seterusnya merekrut golongan sasaran. Permainan
sedemikian boleh menggalakkan keganasan untuk menentang negara atau ahli
politik dengan memberi kejayaan maya yang ditawarkan melalui pelbagai bahasa
untuk menarik perhatian pengguna. Organisasi ISIS boleh menggunakan ahlinya
untuk mendekati seseorang yang mempunyai budaya dan bahasa yang sama. Media
sosial membenarkan pihak ISIS untuk mengarang mesej kepada seseorang secara
khusus dan bukan secara umum untuk menyertai ISIS dan menjadi sebahagian
daripada Khilafah.
"Bersama
Menentang Ekstremis!"
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment