[sambungan] Siri 2: KEPENTINGAN INTERNET DAN MEDIA TERHADAP TERORIS [LATIHAN DAN PERANCANGAN]



[ARTIKEL] ISIS: PERANAN INTERNET DAN MEDIA SOSIAL

Sumber : Siti Rokiah Ab Rahman & Fadzli Adam
Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

[sambungan] Siri 2: KEPENTINGAN INTERNET DAN MEDIA TERHADAP TERORIS [LATIHAN DAN PERANCANGAN]


6. LATIHAN

Sejak kebelakangan ini, oraganisasi teroris beralih kepada internet dan media sebagai medium alternatif bagi pengganas. Kini, terdapat pelbagai media sosial yang menyediakan platform penyebaran panduan secara praktikal dalam bentuk manuskrip, audio dan video klip, maklumat dan nasihat. Platform internet juga menyediakan arahan secara lengkap, format multimedia yang mudah diakses dengan pelbagai bahasa, selain daripada menyediakan topik seperti bagaimana menyertai organisasi teroris, bagaimana membina bahan letupan, senjata api, senjata lain atau bahan berbahaya dan bagaimana untuk merancang dan melaksanakan serangan teroris. Platform atas talian ini berfungsi sebagai kem latihan maya. Mereka juga menggunakan untuk berkongsi, kaedah tertentu, teknik atau pengetahuan operasi untuk tujuan melakukan keganasan.  Bahan pengajaran yang terdapat dalam atas talian adalah alat untuk memudahkan aktiviti perisikan dan penggodaman, cara meningkatkan keselamatan komunikasi haram dan aktiviti atas talian. Sifat interaktif yang terdapat pada platform internet membantu membina hidup bermasyarakat dalam kalangan individu dari lokasi dan latar belakang geografi yang berbeza, menggalakkan penciptaan rangkaian untuk pertukaran bahan pengajaran dan bahan taktikal. 



7. PERANCANGAN

Bahagian Pengadilan Jenayah Seluruh negara melaporkan bahawa hampir setiap kes terorisme yang dikesan menggunakan teknologi internet dalam kegiatan mereka. Perancangan tindakan keganasan khususnya melibatkan komunikasi jarak jauh di antara beberapa pihak. Contohnya kes dari Perancis yang melibatkan pendakwa raya  V. Hicheur (Judgement of 4 May 2012), memperlihatkan bagaimana kepelbagaian media digunakan untuk memudahkan kelakuan keganasan termasuklah melalui komunikasi menyeluruh dan banyak organisasi mempromosikan keganasan ekstremisme melintasi sempadan.

KESIMPULAN

Memang tidak dinafikan bahawa kemunculan internet dan media sosial telah melonjakkan kumpulan ISIS sebagai sebuah organisasi teroris yang berjaya merekrut ahli dari pelbagai negara. Penggunaan internet dan media sosial oleh ISIS untuk menyebarkan propaganda, kewangan, latihan dan perancangan telah menjadikan pengurusan ISIS lebih sistematik dan terancang. SKMM, PDRM dan pembuat polisi perlu memainkan peranan penting untuk membalas strategi teroris menyebar luaskan pengaruhnya ke negara Malaysia.
.
"Bersama Menentang Ekstremis!" IKUTI KAMI ðŸ‘‡ https://facebook.com/alhaqcentre2020https://twitter.com/alhaqcentrehttps://instagram.com/alhaqcentre 

Comments