Kewajipan Mempertahankan Rasulullah SAW
Sejarah penghinaan dengan pelbagai cara
sentiasa berlanjutan terhadap Baginda SAW. Ini bermula sejak zaman Baginda SAW
mula menyebarkan dakwah Islam lagi. Cukuplah ibrah dan sabab nuzul dalam Surah
al-Lahab dan Surah al-Kautsar menjadi bukti secara jelas bahawa yang melindungi
Rasulullah SAW ialah Allah SWT sendiri.
Mutakhir ini siri serangan kepada
Rasulullah SAW mula berkembang melalui medium baru dan sudah pasti tidak
menyenangkan hati umat Islam. Alangkah malangnya nasib umat Islam, suatu masa
dahulu, tatkala diperkotak-katikkan dan diinjak-injak maruahnya, tidak
semena-mena timbul perkara yang menyedihkan di mana sebuah filem yang bertajuk:
“Innocence of Muslim” telah ditayangkan media dan mendatangkan kemarahan umat
Islam di seluruh dunia. Begitu jugalah dengan apa yang berlaku di Mesir pada
minggu ini.
Ada pendapat ulama Mesir menegaskan bahawa
penghinaan kepada batang tubuh Nabi SAW bermakna melanggar lampu merah dan
tidak dibolehkan sama sekali. Bahkan ada antara ulama yang berpendapat jika
penghinaan itu berkaitan batang tubuh Nabi SAW, seseorang itu boleh terus
diambil tindakan tanpa perlu dibawa ke mahkamah. Justeru, umat Islam sewajarnya
bersatu, bangkit mempertahankan Rasulullah SAW.
Sumber: Bayyan Linnas Siri ke-55. Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan
Credit video: Th Filem
FOLLOW US 👇
https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment