2. MENGENAL PASTI AUDIENS SASARAN


BAGAIMANA UNTUK MENJEJASKAN NARATIF ESKTREMIS GANAS DI ASIA TENGGARA
  
APAKAH NARATIF-NARATIF ISIS YANG DISEBARKAN KEPADA UMAT ISLAM DAN BAGAIMANA MENANGKIS NARATIF TERSEBUT.


2. MENGENAL PASTI AUDIENS SASARAN

Penetapan audiens sasaran adalah salah satu komponen paling utama dalam membina naratif balas. Malah, usaha untuk mewujudkan naratif balas tanpa berpandukan audiens sasaran “akan menggagalkan keberkesanan pengutusan dan mungkin akan memakan diri.” Audiens sasaran juga akan membantu menetapkan objektif mesej serta menilai sama ada mesej tersebut berjaya atau sebaliknya. Perlu diambil maklum jua bahawa apabila audiens sasaran juga merupakan pengaruh utama (key influencer) (lihat rajah di bawah), mereka memainkan peranan penting dalam mempromosi dan menyebar luas mesej agar mencapai individu yang lebih cenderung untuk direkrut dan diradikalisasi oleh kumpulan pengganas.


Penilaian asas bagi audiens sasaran tempatan secara idealnya merangkumi data mengenai usia, jantina, kaum, kepentingan komuniti dan jenis interaksi sosial di dalam talian dan luar talian. Audiens sasaran juga boleh dinilai berdasarkan mesej yang disambut baik di dalam komuniti, juga bahasa yang digunakan untuk komunikasi utama di dalam komuniti (atau sub-komuniti) tersebut. Walaupun tidak banyak penyelidikan telah dibuat mengenai keberkesanan mesej terhadap populasi secara umum. Namun, data daripada penyelidikan pasaran sedia ada yang dilakukan untuk tujuan lain (contohnya, daripada syarikat teknologi yang menyasarkan golongan belia) mungkin boleh dijadikan rujukan.

 Platform media sosial juga kadangkala menyediakan data sedemikian kepada umum dan pembina naratif balas boleh bekerjasama dengan syarikat teknologi serta media sosial untuk mendapatkan agregat data yang diperlukan bagi rantau (atau sub-rantau) tertentu. Sekiranya tiada data penilaian asas, kaji selidik melalui telefon juga boleh dipertimbang atau soal selidik terhadap kumpulan kecil boleh dijalankan untuk mengetahui terimaan oleh audiens sasaran terhadap mesej tertentu.
Audiens sasaran yang dipilih mungkin berada dalam satu atau lebih kategori berikut:


Sumber: Sara Zeiger
Hedayah Countering Violent Extremism


"Bersama Menentang Ekstremis!"

IKUTI KAMI 👇

https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre


Comments