7. KENAL PASTI MEDIUM PENYEBARAN MESEJ



APAKAH NARATIF-NARATIF ISIS YANG DISEBARKAN KEPADA UMAT ISLAM DAN BAGAIMANA MENANGKIS NARATIF TERSEBUT.

 7. KENAL PASTI MEDIUM PENYEBARAN MESEJ



Turut perlu diberi perhatian adalah kehadiran Daesh di Asia Tenggara melalui media sosial dan dalam talian. Dengan bilangan pengguna internet yang tinggi, kehadirannya di Asia Tenggara boleh dilihat pada sekurang-kurangnya 300 laman web dan forum ekstremis, serta lebih daripada 1000 pengguna Facebook yang terkait dengan Daesh.48 Menurut Institute for Policy Analysis and Conflict, sebarang pergerakan ke Iraq dan Syria untuk menyertai Daesh perlu diperaku oleh perantara yang berada di lapangan dan media sosial mempermudah lagi urusan ini bagi individu dari Asia Tenggara.49 Dalam hal ini, penting bagi naratif balas di Asia Tenggara untuk turut aktif di alam maya. Bagi panduan praktikal untuk mencipta kandungan dalam talian, sila lihat kit naratif balas di
 www.counternarratives.org.
Namun, walaupun tumpuan lebih kini diberikan pada pembangunan naratif balas melalui dalam talian dan media sosial, perlu juga dinyatakan di sini bahawa bukan semua audiens sasaran menggunakan platform tersebut. Oleh itu, media tradisional lain mungkin lebih berkesan untuk mencapai audiens sasaran yang tertentu.50 Sebagai contoh, terdapat populasi luar bandar di kebanyakan kawasan di Indonesia, Filipina dan Malaysia yang tidak mempunyai akses internet yang konsisten. Dalam hal ini, pengajaran boleh diambil dari sesuatu yang dikenali sebagai “Sneakernet”, yang memberi maksud ruang di antara hubungan dalam talian dan rangkaian luar talian.51 Melalui “Sneakernet,” internet masih mempunyai peranan dalam mempengaruhi rangkaian, tetapi perhubungan secara bersemuka dan interpersonal yang akan saling berinteraksi dan mengukuhkan lagi mesej yang bermula dari dalam talian. Sebagai contoh, di Afghanistan, SMS sangat memberi impak terhadap “Sneakernet” berbanding mesej dari “dalam talian”. Dalam erti kata lain, terdapat banyak konteks di mana media tradisional seperti radio, TV, papan iklan, risalah/kertas sebaran dan kartun, masih boleh diguna pakai. Sepertimana yang terbukti melalui “Sneakernet”, adalah penting bagi naratif balas untuk muncul berulang-kali merentasi beberapa platform supaya mesejnya saling diperkukuh berbanding mesej yang dihantar “sekali sahaja”.

Sumber: Sara Zeiger
Hedayah Countering Violent Extremism


"Bersama Menentang Ekstremis!"


IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre


Comments