Naratif Sosial dan Naratif Ekonomi



BAGAIMANA UNTUK MENJEJASKAN NARATIF ESKTREMIS GANAS DI ASIA TENGGARA
  
APAKAH NARATIF-NARATIF ISIS YANG DISEBARKAN KEPADA UMAT ISLAM DAN BAGAIMANA MENANGKIS NARATIF TERSEBUT.


3. MENGENAL PASTI NARATIF PENGGANAS
 YANG TERSIRAT ATAU TERSURAT YANG SEDANG DITENTANG
-sambungan-


Naratif Sosial dan Naratif Ekonomi


Naratif Sosial atau Wira (Social or Heroic Narrative)

Kategori naratif seterusnya yang digunakan oleh ekstremis ialah naratif sosial/ wira atau naratif sosio-psikologi. Naratif jenis ini memberi fokus pada pengagungan tindakan kejam, termasuk keganasan dan juga dalangnya. Naratif ini juga mengaitkan masing-masing secara langsung dengan rasa tidak puas hati (grievances). Contoh naratif sosial/ wira ialah pandangan bahawa orang Islam sedang menderita di negara lain di dunia dan setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk melindungi saudara seagama daripada musibah. Pengebom JI, Umar Patek, menyatakan bahawa penderitaan orang Islam di Palestin, Bosnia dan Chechnya, Thailand dan Filipina, telah mendorongnya untuk menyertai JI.

Rohan Gunaratna pula berpandangan bahawa umat Islam di Malaysia khususnya, akan lebih terkesan dengan ideologi keganasan yang dikaitkan dengan isu antarabangsa berbanding domestik, kerana hakikatnya rakyat Malaysia berat hati untuk menyerang negara sendiri.31 Sebagai contoh, naratif penganiayaan orang Islam di selatan Thailand merupakan faktor penarik dari konteks rakyat Malaysia. Daesh juga menggunakan naratif sosial dan wira bagi menggalakkan individu untuk menyertai perjuangan menentang Assad, sebagai kewajipan untuk mempertahan orang Islam daripada dibunuh rejim tersebut.

Naratif sebegini juga digandingkan dengan elemen tekanan sosial atau keinginan untuk turut serta mencapai kebaikan atau melaksanakan sesuatu yang memberi makna. Contohnya di Indonesia, Patek dan Imron dimotivasi oleh faktor sosial, iaitu tekanan untuk tidak mengecewakan ahli kumpulan lain sewaktu mendalangi pengeboman Bali, walaupun kedua-duanya kemudian menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan serangan tersebut kerana menyebabkan orang awam terbunuh.

Naratif Ekonomi

Akhir sekali, walaupun naratif ini tidak digunakan secara meluas di Asia Tenggara, ialah naratif ekonomi.  Akhir sekali, walaupun naratif ini tidak digunakan secara
 meluas di Asia Tenggara, ialah naratif ekonomi.”34  Wang tunai dan akses mudah bekalan senjata iaitu “tarikan wang dan kuasa yang datang daripada muncung senapang”, merupakan faktor motivasi bagi ahli ASG yang lain. Pada sekitar tahun 2000, dasar penculikan untuk tebusan oleh ASG membantu mengukuhkan semula pegangan bahawa dengan menyertai ASG, isu ekonomi tidak lagi menjadi satu kebimbangan bagi ahli kumpulan.








Kesemua rangka kerja ini mempunyai persamaan nilai strategik terhadap naratif, iaitu mewujudkan sentimen polarisasi di antara kumpulan pengganas dan “musuh” sebagai asas matlamat ideologi/ politiknya. Ekstremis juga berhasrat untuk menghalalkan keganasan demi mencapai matlamat  tersebut.


Kelemahan dalam Naratif Pengganas

Pembangunan naratif balas yang berkesan boleh dibantu dengan mengenal pasti kelemahan dalam naratif pengganas. Misalnya kelemahan naratif Daesh boleh dicabar dengan:
1. Menunjukkan kegagalan Daesh untuk menjamin keselamatan bagi orang yang berhijrah;
2. Menunjukkan bahawa cara tuntutan Daesh terhadap Khilafah adalah tidak sah;
3. Mempertikai dan mematahkan hujah agama oleh Daesh melalui sarjana Islam yang berwibawa;
4. Menekankan aspek bilangan orang Islam Sunni yang dibunuh oleh Daesh;
5. Menegaskan mengenai keganasan dan kekejaman yang dilakukan oleh Daesh;
6. Menyerlahkan sifat kepura-puraan (hipokrit) ahli Daesh di Syria dan Iraq.


 Sumber: Sara Zeiger

Hedayah Countering Violent Extremism



"Bersama Menentang Ekstremis!"

IKUTI KAMI 👇

https://facebook.com/alhaqcentre2020
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments