[SIRI 1] JAUHI SENGKETA BAHAGIA BERSAMA



[SIRI 1] JAUHI SENGKETA BAHAGIA BERSAMA

SUMBER:  JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)


Firman Allah SWT di dalam surah al-Rum ayat 22:
Bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan".
Ayat al-Quran dan hadis ini menjelaskan bahawa kewujudan manusia itu terdiri dari pelbagai  aspek sama ada keturunan, bahasa dan budaya. Bahkan wujud pelbagai watak yang membezakan antara seseorang dengan yang lain. Sesungguhnya, kepelbagaian adalah satu keistimewaan dan kekuatan apabila saling menampung antara satu sama lain dan saling melengkapkan. Tanpa nilai persefahaman, hormatmenghormati dan kasih sayang mana mungkin keharmonian bagi sebuah masyarakat dengan pelbagai latar belakang dapat diwujudkan. Justeru, hakikat kepelbagaian manusia merupakan sesuatu yang mesti diterima dan diraikan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan kepercayaan. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2018, jumlah warganegara Malaysia dianggarkan seramai 29.06 juta penduduk iaitu 20.07 juta Bumiputra, 6.69 juta Cina, 2.01 juta India dan 0.29 juta lain-lain bangsa. Sikap toleransi yang diamalkan semenjak kemerdekaan adalah kunci utama keharmonian Malaysia. 

Dengan pelbagai bangsa dan agama, setiap anggota masyarakat berperanan penting bagi memastikan perpaduan dapat dicapai. Setiap anggota masyarakat perlu meraikan aspek-aspek perbezaan yang wujud. Perkara-perkara seperti adat, ritual dan kepercayaan perlu difahami dengan baik dan dihormati. Masyarakat yang harmoni hanya dapat dilahirkan jika kita memahami antara satu sama lain tanpa wujud prasangka atau perselisihan yang boleh menimbulkan konflik atau sengketa.



"Bersama Menentang Ekstremis!"


IKUTI KAMI 👇

https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre


Comments