[SIRI 2] ISLAM AGAMA KEAMANAN
Sumber: Cawangan Khutbah Dan Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kewujudan pelbagai agama, kaum dan bangsa
tidak menjadi penghalang untuk kita hidup dengan aman dan harmoni. Pelbagai
kaum dan bangsa serta keturunan dengan pegangan agama masing-masing dapat
membentuk masyarakat yang saling bertolak ansur. Firman Allah SWT di dalam
surah alHujurat ayat 13:
Bermaksud: “Wahai umat manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan
kamu)."
Nikmat keamanan dan keselamatan yang kita
nikmati hari ini juga adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima
kasih kepada Polis Di Raja Malaysia yang sentiasa berusaha memelihara keamanan
dan kedamaian negara kita. Justeru, mengambil kesempatan bersempena Sambutan
Hari Polis yang ke212 pada 25 Mac setiap tahun, ucapan syabas dan tahniah
kepada PDRM. Semoga sambutan Hari Polis ini akan lebih memberikan semangat dan
kesiapsiagaan para anggota keselamatan untuk terus berbakti kepada masyarakat
dan tanah air.
Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke
seluruh alam amat mementingkan keadilan ditegakkan dan mengembalikan hak-hak
golongan yang dizalimi serta teraniaya. Justeru, Islam bersikap tegas dan
menganggap perlakuan yang mencetuskan perbalahan dan persengketaan adalah suatu
kesalahan yang besar kerana ia menyanggahi maqasid al-Syariah.
Bagi menjaga keharmonian, perpaduan dan
kestabilan negara, perkaraperkara yang perlu difahami oleh setiap masyarakat
ialah konsep taaruf iaitu saling berkenalan antara kaum dan etnik di negara
ini, tafahum iaitu saling memahami dan ta’awun iaitu saling membantu sebagai
tanda kasih sayang. Kita seharusnya berhati-hati dalam meneliti sebarang
propaganda, prasangka atau berita yang diterima tentang sesuatu kaum, agama dan
sebagainya. Jauhilah perkara-perkara yang mengundang perselisihan serta
perbalahan dan serulah kepada perpaduan dan kedamaian. Ingatlah bahawa seorang
Muslim itu ialah mereka yang menjaga tutur kata, lidah dan tangannya.
"Bersama Menentang Ekstremis!"
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment