[SIRI 3] ISLAM AGAMA KEAMANAN
Sumber: Cawangan Khutbah Dan Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Pertama: Islam sebagai
agama perdamaian dan kasih sayang sentiasa meraikan keharmonian dalam
kepelbagaian kaum, bangsa dan agama.
Kedua: Manusia dengan
perbezaan agama, keturunan, bahasa dan budaya dituntut untuk saling kenal
mengenali, faham memahami dan hormatmenghormati.
Ketiga: Perpaduan yang
wujud dalam kalangan pelbagai kaum, bangsa dan agama dapat mewujudkan keharmonian dan kestabilan
negara.
Firman Allah SWT di
dalam surah Hud ayat 118-119:
Bermaksud: “Dan
kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat
manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian)
dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang
telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan
untuk tujuan (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan
dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan
memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".
"Bersama Menentang Ekstremis!"
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment