AGUNGKAN PENGGANAS, TIADA LAGI KOMPROMI! – KPN
KUALA LUMPUR: Polis
Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau
kumpulan yang dikesan mengagung-agungkan pertubuhan pengganas dari luar negara.
Ketua Polis Negara, Tan
Sri Abdul Hamid Bador, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang
terlibat dalam perkara tersebut termasuk yang tular di laman sosial. Malah
katanya, perkara itu sudah pun dibawa ke peringkat kementerian. "Perkara
ini sebenarnya sudah lama (video tular) dan perkara ini telah diangkat kepada
pihak atasan dan kementerian.
"Keputusan akan
dibuat dalam sedikit masa lagi kerana sekiranya benar tindakan
mengagung-agungkan pertubuhan pengganas ini berlaku, ia amatlah tidak kena
dengan negara kita, malah tidak sepatutnya berlaku," katanya ketika
ditemui selepas melawat berek Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Cheras,
di sini hari ini.
Hadir sama Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; dan Timbalan Ketua Setiausaha
(Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan.
Tegasnya, tiada lagi
amaran diberikan, sebaliknya tindakan sewajarnya akan terus diambil kepada
pihak berkenaan.
"Banyak kes bukan
sekadar video yang tular. Seperti mana saya katakan tadi, tiada lagi amaran
sebaliknya pihak saya akan terus mengambil tindakan terhadpa perbuatan
menghasut isu perkauman, keagamaan dan institusi diraja," ujarnya.
Beliau berkata
demikian mengulas penularan video dan gambar di laman sosial berkaitan
perarakan sekumpulan individu membawa sepanduk berlogo Harimau Pembebasan Tamil
Eelam (LTTE). Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Pulau Pinang.
Source: Astro Awani – 20 September 2019
https://bit.ly/2ksnsdu
https://bit.ly/2ksnsdu
"Bersama Menentang Ekstremis!"
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment