GEMPAR JUMPA DUA BOM ASAP DI MELAKA


GEMPAR JUMPA DUA BOM ASAP DI MELAKA


PENDUDUK Taman Bunga Raya, Bukit Beruang, Melaka gempar dengan penemuan dua bom asap masih aktif di kawasan sebuah rumah di taman berkenaan, hari ini. Kedua-dua bom asap berkenaan ditemui pemilik rumah yang sedang melakukan kerja pembersihan di hadapan rumahnya pada 9.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata pihaknya dimaklumkan penemuan itu pemilik rumah berusia 43 tahun. Beliau berkata, susulan itu Unit Pemusnah Bom (UPB) dan pasukan forensik bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan. “Bom berkenaan ditemui di bawah rimbunan pokok dan kedudukannya tersembunyi.

“Fizikalnya lengkap (pin keselamatan) dan masih aktif, bagaimanapun tiada sebarang pengenalan (nombor) siri ditemui padanya,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini. Beliau berkata, bom berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sebelum dimusnahkan oleh UPB.

Menurutnya, berdasarkan keterangan pemilik kediaman berkenaan, rumah itu sebelum ini disewakan, bagaimanapun kosong sejak dua minggu lalu. “Bom asap ini kebiasaan digunakan dalam latihan pasukan keselamatan dan berat setiap satu dianggarkan antara 200 hingga 300 gram,” katanya.


Sumber: My Metro – 9 September 2019


"Bersama Menentang Ekstremis!"

IKUTI KAMI ðŸ‘‡

https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre


Comments