MENANGGANI FENOMENA EKSTREMISM AGAMA MENGIKUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

MENANGGANI FENOMENA EKSTREMISM AGAMA MENGIKUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH

[SIRI 1] Apa Dan Bagaimana Analisa Maqasid

PENULIS: 
Rahim R.A, Ramli M.A, Razak M.I, Rosele M.I, Kahal S.M
SUMBER:  AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA



Apa Dan Bagaimana Analisa Maqasid

Ia adalahkaedah penggunaan intelektual manusia berfikir, bertindakdan menilai sesuatu perkara yang berpandangan jauh, luas, futuristik danbersepadu memahami falsafah syariah Islam ditaklifkan. Ia bukannya statik, literal, formalistik dan menghukum. Walaupun ia agak flexible tetapi tidak meninggalkan prinsip asas Islam - yang menekankanprinsip Tauhid, Rasionalistik, Societal (mementingkan kepedulian masyarakat)dan World Affirmative (dunia sebagai tempat berguna).

Fokus Kajian

Maklumat asas fokus kajian ini diperolihi daripada tulisan pakar yang terlibat dalam aktiviti Counter Terorism. Ia berasaskan teori gerakan sosial yang mendapati munculnya gerakan ekstremis Islam disebabkan oleh faktor sosial sesuatu lokasi tertentu. Kemunculan gerakan ini lebih didorong oleh faktor respon penganut Islam terhadap kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah. Dalam proses ini, ia mendapat suntikan idea daripada pemikir Islam yang mempergunakan prinsip-prinsip Islam. Maknanya, gerakan ekstremis agama ini bukannya disebabkan oleh ajaran Islam itu sendiri, tetapi hasil buatan manusia yang mempergunakan idea Islam untuk kepentingan mereka.

Fokus kajian ini adalah golongan yang melakukan ekstremism dan keganasan (terorisme) menggunakan nama Islam, walaupun pada dasarnya tindakan ini bertentangan sama sekali dengan Islam. Golongan ini terdiri daripada kumpulan khawarij dan salafi jihad. Mengikut pakar barat, gerakan salafi pada hakikat terbahagi kepada tiga jenis : Salafi dakwah, politik dan salafi jihad. Dua salafi yang awal ( dakwah dan politik) mengajak masyarakat berpegang kepada apa yang diamalkan oleh generasi salaf tanpa dan memusuhi tindakan ekstremism. Manakala salafi jihad pula menggunakan pendekatan revolusi untuk mencapai maksud mereka. Atas dasar itu, salafi jihad dianggap sebagai fahaman neo khawarij bentuk baru yang timbul selepas kematian Syed Qutb. Mereka memperjuangkan penubuhan negara Islam yang menguatkuasakan Undang-undang Islam melalui jalan revolusi. Mereka tidak bertolakansur dengan sebarang elemen menyimpang seperti bid'ah yang berlaku dalam masyarakatdan akan berusaha menghapuskannya melalui jalan kekerasan.

Buat masa kini golongan salafi jihad berpusat di Afghanistan, Irak, Syria dan Asia Tenggara. Ia bergerak secara sembunyi di beberapa negara blok barat seperti eropah, Amerika dan Australia. Secara geneologinya, gerakan salafi jihad ini mendapat idea asas daripada penulisan Syed Qutb tentang konsep Jahiliah Moden dan Hukumiah, manakala bentuk keahlian dan organisasinya yang tersusun wujud selepasberlakunya penaklukan Aghanistan oleh kuasa Rusia. Ramai pejuang Islam daripada seluruh dunia telah pergi turut sama berperang melawan kuasa Rusia. Semasa di Afghanistan dan Pakistan mereka telah menerima fahaman radikal dan latihan ketenteraan di kem Herat, Sa'adadan Torkham. Kem-kem latihan ini mendapat pembiayaan daripada Arab Saudi dan CIA. Terdapat beberapa tokoh utama yang terlibat dalam proses indoktrinisasi ini terdiri dari Usamah Bin Laden, Ayman Zawhiri, Abu Mus'ab Zarqawi dan Abdullah Azam ideologe utama yang mengasaskan ideologi salafi jihad ini.

Selepas perang Aghanistan tamat, pejuang-pejuang ini telah pulang ketempat asal masing-masing dengan membawa fahaman salafi jihad. Hasil, mereka mengasaskan pelbagai  rangkaian gerakan salafi jihad yang berbeza mengikut kawasan;

1.      Al-Qaedah sebagai pusat asas gerakan di Afghanistan.
2.      Bay'at Imam dijordan dibawah Abu Musab Zarqawi yang kemudiannya berkembang menjd ISIS
3.      Individu dibarat yang bertindak sebagai Lone Wolf yang manawalaupun tidak bernaung di bawah Al-Qaedah, tetapi bersimpati dan menerima fahaman salafi jihad ini. Mereka terlibat melakukan aktiviti keganasanterhadap kepentingan dan kawasan awam dibarat.
4.      Abu Sayyaf di selatan filipina.
5.      Jemaah Islamiyyah dan pecahannya KMM di Asia Tenggara. Antara nama-nama yang terkenalAbu Bakar Bashir, Abdullah Sungkar, Hambali, Dr Azhari, Nordin Mat Top, Imam Samudera, Zainon Ismail, Nik Adli Nik Matdan banyak lagi.

Di Malaysia, bekas pejuang daripada Afghanistan dan Pakistan ini telah menubuhkan persatuan MASSA-Pakindo (Persatuan Bekas Pelajar Pakistan, India dan Indonesia). Tujuan MASSA-Pakindo adalah untuk memantau, menyelarasdan meneruskan penyebarandan aktiviti keganasan di Malaysia. Mereka juga turut berusaha menghidupkan jalinan dengan bekas pejuang salafi jihad  lain yang ada diseluruh dunia.Jalinan ini lebih khusus lagi membabitkan rakan-rakan seperjuangan yang ada di Asia Tenggara sepertiIndonesia, Selatan Thailand, Singapura, Filipina dan Australia.


Comments