'SERANGAN BUKTI NIAT BURUK KUMPULAN PENGGANAS'
MAKKAH - [DIKEMASKINI] Ketua Dewan Pimpinan
Umum Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Syaikh Dr Abdurrahman Abdul Aziz
as-Sudais mengecam serangan pengganas terhadap lapangan minyak di timur Arab
Saudi, semalam.
Beliau menegaskan tindakan ganas dan
perbuatan terkutuk itu menguatkan bukti wujudnya niat terpendam kelompok
pengganas itu untuk menjalankan rangkaian serangan terhadap negara ini dan
negara-negara Islam lainnya. "Mereka tidak peduli dengan batasan ALLAH dan
maslahat Islam serta umat muslimin. "Selain itu, mereka mengkhianati semua
perjanjian dan kesepakatan antarabangsa yang mengecam tindakan terkutuk
(pengganas) ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Menteri Tenaga, Industri dan
Sumber Daya Mineral, Ir. Khalid Abdul Aziz al-Falih sebelum itu telah
mengesahkan bahawa salah satu unit laboratorium gas di ladang minyak
asy-Syaibah menjadi sasaran serangan peluru berpandu dari pesawat tanpa pemandu
(drone). Serangan itu mengakibatkan kebakaran namun dapat dipadamkan dengan
segera dan tidak membabitkan kemalangan jiwa.
"Serangan berkenaan tidak menjejaskan
produksi dan eksport minyak Kerajaan Arab Saudi. "Kamu mengecam keras
serangan pengecut ini kerana rangkaian serangan pengganas itu bukan hanya
menyasarkan industri minyak di Arab Saudi sahaja malahan mahu menggugat bekalan
minyak seluruh dunia. "Ini bermakna serangan pengganas itu menjadi ancaman
kepada kestabilan ekonomi dunia," katanya.
Source: Sinar Harian – 18 Ogos 2019
"Bersama Menentang Ekstremis!"
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment