[SIRI 2] JAUHI SENGKETA BAHAGIA BERSAMA
SUMBER: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Pertama: Taaruf iaitu
saling berkenalan.
Kepelbagaian kaum dan etnik di negara ini menuntut setiap
anggota masyarakat untuk saling kenal mengenali. Firman Allah SWT di dalam
surah al-Hujurat ayat 13:
Bermaksud: “Wahai umat
manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan
kamu)".
Kedua: Tafahum iaitu
saling memahami.
Tabiat manusia yang sentiasa berbeza pendapat dan sering
berbalah menjelaskan lagi keperluan untuk saling faham memahami. Jauhi punca
persengketaan seperti taksub, angkuh dan mementingkan diri sendiri. Fahamilah
perbezaan nilai, maka akan wujud persefahaman, hormat-menghormati, kerjasama
dan bertolak ansur.
Ketiga: Ta’awun iaitu
saling membantu.
Apabila anggota masyarakat saling kenal mengenali dan saling
faham memahami maka mereka akan saling bantu membantu dan berkasih sayang.
Sesungguhnya sikap saling bantu-membantu ke arah kebaikan dan takwa adalah
perintah Allah SWT.
"Bersama Menentang
Ekstremis!"
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment