KEHARMONIAN HIDUP DALAM MASYARAKAT MAJMUK
[SIRI 2] KAEDAH UNTUK MEMPERCEPATKAN HUBUNGAN DAN PERPADUAN
SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Sesungguhnya perbezaan kaum dan bangsa di
kalangan manusia bukan halangan untuk hidup bersatu-padu. Islam menegaskan
perbezaan itu adalah hakikat yang wajib diterima dan dilihat secara positif.
Setiap ciptaan Allah SWT ada hikmah dan kebaikannya. Apa yang penting
kepelbagaian kaum dan perbezaan budaya ini perlulah diurus dengan bijak secara
berhikmah sesuai dengan tabiat manusia yang saling memerlukan antara satu sama
lain.
Melihat kepada keadaan fitrah manusia
dengan kepelbagaian budaya dan bangsa yang majmuk, maka Islam meggariskan
beberapa kaedah untuk mempercepatkan hubungan dan perpaduan. Antaranya adalah:
Pertama:
Kita hendaklah mengenali titik
persamaan dan menjaga sempadan pertikaian apabila adanya perbezaan. Sebagai
contoh, seluruh bangsa cintakan sikap tolong-menolong, menjaga kehormatan dan
ramah mesra. Maka semarakkanlah suasana tersebut kerana ia mampu menyatukan
hati sesama manusia dan mewujudkan keharmonian.
Kedua:
Kita hendaklah menjadi individu yang
memulakan budaya senyum dan menyebarkan salam kepada sesiapa sahaja orang yang
kita temui. Ia merupakan kalimah istimewa yang dituntut untuk disebar-luaskan
oleh Islam yang cintakan kedamaian dan keharmonian. Itulah nasihat Nabi SAW
kepada kaum Ansar dan Muhajirin ketika baginda mula-mula sampai di Madinah
seperti yang telah dinyatakan oleh Abdullah bin Salam Radhiallahu Anhu yang
bermaksud:
“Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah,
orang ramai segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada
yang mengatakan: Rasulullah SAW telah datang, lalu aku mendatanginya
ditengah-tengah orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah
Rasulullah SAW aku tahu bahawa wajahnya bukanlah wajah seorang pembohong.
Nasihat pertama yang baginda ucapkan adalah, “Wahai sekalian manusia, sebarkanlah
salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika
orang lain sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan selamat.” (Riwayat al-Tirmizi)
Comments
Post a Comment