PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR: MENGAPA IA PERLU DITOLAK
[SIRI 2] KONSEP PERTUBUHAN DAN METODOLOGI
SUMBER: BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA (BTDM)
Oleh: Mej Hj Ahmad Shukri Hj Hashim
KONSEP PERTUBUHAN
HIZBUT TAHRIR
Hizbut Tahrir
memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah parti politik yang berideologikan
Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut
Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan berjuang bersama-sama mereka untuk
menjadikan Islam sebagai agama yang perlu ditegakkan serta membimbing mereka
untuk mendirikan kembali sistem pemerintahan khilafah dan menegakkan hukum
Allah.
METODOLOGI DAKWAH
HIZBUT TAHRIR
Hizbut Tahrir mendakwa
bahawa metodologi dakwah mereka adalah berdasarkan sirah Rasulullah SAW, iaitu
melalui tiga tahap berikut:
1) Tahap pembinaan dan
pengkaderan (Marhalah At Tasqif)
Dilaksanakan untuk
membentuk kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam
rangka pembentukan kerangka tubuh parti.
2) Tahap berinteraksi
dengan umat (Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah)
Dilaksanakan agar umat turut memikul kewajipan
dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai agama yang ditegakkan dan
berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.
3) Tahap mengambil
alih kuasa (Marhalah Istilam Al-Hukm)
Dilaksanakan untuk
menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembang risalah Islam ke seluruh dunia. Hizbut
Tahrir berpendapat dalam tahap ketiga mereka harus meminta bantuan ketua
negara, panglima tentera, pimpinan jamaah, ketua kaum atau seumpamanya.
Comments
Post a Comment