[SIRI 3] JAUHI SENGKETA BAHAGIA BERSAMA


[SIRI 3] JAUHI SENGKETA BAHAGIA BERSAMA

SUMBER:  JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)



Apa yang berlaku di negara-negara yang masih bergolak seperti Iraq, Syria, Myanmar dan lain-lain seharusnya menjadi iktibar kepada kita semua. Kita seharusnya berhati-hati dalam meneliti sebarang propaganda, prasangka atau berita yang diterima tentang sesuatu kaum, agama dan sebagainya. Jauhilah perkara-perkara yang mengundang perselisihan serta perbalahan dan serulah kepada perpaduan dan kedamaian. Ingatlah bahawa seorang Muslim itu ialah mereka yang menjaga tutur kata, lidah dan tangannya. Sabda Rasulullah SAW sebagaimana riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ass RA.Huma:

Bermaksud: “Seorang Muslim ialah orang yang menyelamatkan kaum muslimin dari kejahatan lisan dan tangannya.”

Kesimpulannya:

Pertama:
Manusia secara semula jadi dilahirkan dengan pelbagai warna kulit, bangsa, bahasa dan watak.

Kedua:
Manusia dengan perbezaan agama, keturunan, bahasa dan budaya dituntut untuk saling kenal mengenali, faham memahami dan hormat-menghormati.

Ketiga:
Perpaduan yang wujud dalam kalangan pelbagai kaum, bangsa dan agama  dapat mewujudkan keharmonian dan kestabilan negara.

Firman Allah SWT di dalam surah Hud ayat 118-119:

Bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk tujuan (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".


"Bersama Menentang Ekstremis!"

IKUTI KAMI 👇

https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments