PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR: MENGAPA IA PERLU DITOLAK
[SIRI 3] SUMBER PEMIKIRAN DAN DALIL PEGANGAN HT
SUMBER: BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA (BTDM)
Oleh: Mej Hj Ahmad Shukri Hj Hashim
SUMBER YANG MENJADI DASAR PEMIKIRAN
HIZBUT TAHRIR
Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea,
pendapat-pendapat dan hukum-hakam tertentu yang dianggap sesuai dengan
perkara-perkara yang diperlukan dalam perjuangannya iaitu untuk mendirikan
Daulah Khilafah dan mengangkat seorang Khalifah. Idea-idea, pendapat-pendapat
dan hukum-hukum tersebut telah dihimpun dalam pelbagai buku, booklet mahupun
naskah-naskah yang diterbitkan dan disebarkan kepada umat. Antara buku-buku
rujukan mereka adalah seperti berikut:
·
Nizamul
Islam (Peraturan Hidup Dalam Islam).
·
Nizamul
Hukmi Fil Islam (Sistem Pemerintahan Dalam Islam).
·
Nizamul
Iqtisodi Fil Islam (Sistem Ekonomi Dalam Islam).
·
Nizamul
Ijtima’eiy Fil Islam (Sistem Kemasyaratan Dalam Islam).
·
At-Takattul
Hizbi (Pembentukan Parti Politik).
·
Mafahim
Hizbut Tahrir (Dasar Kefahaman Hizbut Tahrir).
·
Daulatul
Islamiah (Negara Islam).
·
Al-Khilafah
(Sistem Khilafah).
·
Syakhsiah
Islamiah -3 Jilid (Keperibadian Islam).
·
Mafahim
Siyasiyah Li Hizbut Tahrir (Dasar Kefahaman Politik Hizbut Tahrir).
·
Nazorat
Siyasiyah Li Hizbut Tahrir (Pandangan-pandangan Politik Hizbut Tahrir).
·
Kaifa
Hudimatil Khilafah (Bagaimana Khalifah Diruntuhkan).
·
Al-
Amwal Fi Daulatil Khilafah (Sistem Kewangan Negara Khilafah).
·
Nizamul
U’qubat Fil Islam (Sistem Hukuman Dalam Islam).
·
Ahkamul
Bayyinat (Hukum –hukum Pembuktian).
·
Muqaddimatu
Ad- Dustur (Pengantar Perlembagaan).
DALIL
PEGANGAN HIZBUT TAHRIR TENTANG KEWAJIPAN MEMBENTUK NEGARA ISLAM BERKHALIFAH
Hizbut Tahrir ingin mengembalikan
dan membentuk semula pemerintahan Daulah Islamiah (Negara Islam) yang dipimpin
oleh seorang Khalifah bagi mewakili seluruh negara umat Islam. Kewajipan untuk
membentuk negara Islam bersandarkan pegangan mereka pada sebuah hadis
Rasulullah SAW yang menyebut:
Daripada Huzaifah bin al-Yaman
Rodhiallahu Anhu berkata. Rasulullah SAW telah bersabda: “Adalah kenabian itu
berada di tengah-tengah kamu sekalian, yang mana ianya atas kehendak Allah,
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian
akan ada khilafah yang mengikuti jejak kenabian, yang mana ianya berlaku atas
kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak
mengangkatnya, kemudian akan ada kekuasaan yang menggigit (pemerintahan yang
zalim), yang berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila
Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada kekuasaan yang memaksa
(pemerintahan diktator) yang berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah
mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada khilafah
yang mengikuti jejak kenabian, kemudian baginda (Nabi) diam.” (Riwayat
Imam Ahmad).
Mengikut kefahaman
Hizbut Tahrir, Rasululah SAW menyebut akan berlaku peralihan kuasa di kalangan
umat Islam dari satu peringkat ke satu peringkat sehinggalah akan terbangun
semula kerajaan Islam yang akan meneruskan jejak kenabian. Hadis ini pada
mereka menjadi hujah untuk umat Islam wajib membentuk kerajaan Islam yang
menjalankan pemerintahan berdasarkan hukum-hukum Islam dan wajib semua umat
Islam membai’ah (memberi perjanjian taat setia) kepada khalifah yang dilantik
di dalam kerajaan Islam tersebut. Mereka yang engkar untuk membai’ah adalah
dianggap kufur dan sekiranya mereka mati tanpa memberi bai’ah kepada khalifah
yang dilantik maka kematian mereka itu adalah mati seorang jahiliyah (tidak
beriman) bersandarkan pegangan hadis yang menyebut:
“Barangsiapa yang mati tanpa memberi bai’ah
maka ia mati Jahiliyah.”
Namun mengikut tafsiran sebahagian
besar ulamak, hadis yang menyentuh tentang kewajipan membentuk negara Islam
berkhalifah bukan suatu hadis yang disepakati tentang kesohihannya, sebahagian
mereka mengkategorikan hadis tersebut sebagai hadis hasan dan ada yang
mengkategorikannya sebagai dhoif (lemah) kerana terdapat beberapa
kecacatan pada rantaian perawinya dan juga pencanggahan teks hadis yang berbeza
antara hadis–hadis lain. Mengikut pandangan Doktor Ahmad Ar-Raisuni, Timbalan
Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, walaupun Hizbut Tahrir berhujjah
dengan hadis tersebut, namun di sana terdapat hadis lain yang sama darjatnya
atau lebih tinggi tarafnya yang menyebut tentang khilafah.
Comments
Post a Comment