[SIRI 4] PRINSIP DAN PEGANGAN AKIDAH HIZBUT TAHRIR



PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR: MENGAPA IA PERLU DITOLAK
[SIRI 4] PRINSIP DAN PEGANGAN AKIDAH HIZBUT TAHRIR

SUMBER:  BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA (BTDM)
Oleh: Mej Hj Ahmad Shukri Hj Hashim





PRINSIP DAN PEGANGAN AKIDAH HIZBUT TAHRIR YANG MENYELEWENG

Pertubuhan ini juga berpegang dengan prinsip dan pegangan akidah yang menyeleweng dan bercanggah dari pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Antara pegangan mereka adalah seperti berikut:

1. Mengatakan perbuatan hamba yang ikhtiariyah (perbuatan ikhtiar) tidak termasuk di dalam qodha Allah SWT. Pegangan ini selari dengan pegangan Golongan Qodariah (Satu kumpulan yang tersasar aqidah). Dalam kitab As Syakhsiah Islamiyyah menyebut: “perbuatan-perbuatan ini (perbuatan manusia) adalah tidak berkait dengan qodho Allah dan qodho Allah tidak berkait dengan mereka, kerana manusia melakukan perbuatan tersebut dengan kehendak dan pilihannya, maka perbuatan yang sengaja tidak termasuk dalam penciptaan Allah “(An Nabhani, As Syakhsiah Islamiyyah, Jil 1, halaman 7).

2. Mengatakan hidayah dan kesesatan adalah ciptaan hamba bukan ciptaan Allah.  Di dalam kitab As- Syakhsiyyah Al- Islamiah juga menyebut: “Kebergantungan pembalasan ganjaran (pahala) dan pengazaban (dosa) kepada hidayah dan kesesatan tersebut adalah perbuatan hamba dan bukan daripada ciptaan Allah” (As-Syakhsiah Islamiah, Jil 2, Halaman 74).

3. Menghukum orang yang meninggal dunia tanpa bai’ah seorang khalifah sebagai mati jahiliyah (As-Syakhsiah Islamiah, juz 2, bahagian 3, halaman 13,15 dan 29).

4. Mendakwa Pemerintah, Ahli Parlimen dan para Ulama’ Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur.

5. Negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kafir (demokrasi) dan haram bagi umat Islam menyertai sistem kerajaan sama ada menubuhkan, menganggotai, menyokong dan bersemangat patriotisme.

6. Menafikan istilah “al-Qadha’ wal Qadar”.

7. Berpegang kepada fahaman aqidah Qadariyyah.

8. Aqidah siyasiyah (politik) lebih penting dari aqidah ruhiyyah (jasmani).

9. Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul.

10. Menolak sumber aqidah melalui hadis Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadis Ahad itu dalil Zonni (samar) sedangkan aqidah itu keyakinan yang memerlukan dalil Qot’ei (jelas).

Comments