MENANGGANI FENOMENA EKSTREMISM AGAMA MENGIKUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH
[SIRI 4] Wujud Persamaan Antara Salafi Jihad Dengan Khawarij
PENULIS: Rahim R.A, Ramli M.A, Razak M.I, Rosele M.I, Kahal S.M
SUMBER: AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA
2. Wujud Persamaan Antara
Salafi Jihad Dengan Khawarij.
Mengikut
pendapat penulis, fenomena ekstrem agama yang wujud sekarang diwakili oleh
salafi jihad mempunyai persamaan dengan khawarij. Hasil kajian kritis menggunakan
teori gerakan sosial jelas membuktikan hal ini. Walaupun keduanya berbeza zaman
tetapi mereka berkongsi falsafah yang sama. Fakta sunnatullah sejarah
menyaksikan tabiat manusia pasti bergerak daripada titik yang sama dan ia akan
berulang kerana faktor kejahilan, budaya dan persekitaran.Hal ini boleh dilihat
daripada;
Pertama, persamaan bentuk dan pegangan asas
Islam yang tidak bersifat wasatiyah samada diperingkat kognitif, afektif dan
psikomotor. Ia terhasil akibattidak memahami ajaran Islam mengikut pendekatan
yang sebenar. Ia bertepatan dengan teori budaya ilmu dan kehilangan adab,
sehingga melahirkan sifat melampau ini.
Hashim Musa dalam
kajiannya tentang gerakan Islam di zaman global mendapati memang wujud gerakan
Islam yang memilih pendekatan yang melampaui batas, yang boleh diperincikan sebagai;
1.
Extremisme; melampaui batas dan
keseimbangan apabila mentafsir dan melaksanakan sesuatu peraturan ataupun hukum
secara ekstrem.
2.
Chauvisnisme; taksub apabila menganggap
fikiran atau kumpulan sendiri adalah yang terbaik, manakala fikiran atau kumpulan
lain tidak benar dan mesti ditolak.
3.
Fanaticisme; tindakan membuta tuli
(menghampiri psikosis) dalam mengikuti dan melaksanakan sesuatu cara, pendapat
dan pendekatan sendiri tanpa mempedulikan bahkan menolak sekeras-kerasnya
pendapat orang lain.
Qardawi berpendapat dalammenghadapi
apa-apa isu sekalipun penganut Islam perlu mengambil pendekatan wasatiyah.Intipati
pandangannya diberikan untuk memperlihatkan pertentangan yang ketara antara
wasatiyyah dengan sifat ekstrem yang dipegang oleh sesetengah umat Islam;
1. Sikap pertengahan di antara golongan yang menyeru kepada amalan bermazhab yang sempit dengan golongan
yang menyeru kepada kebebasan dari
terikat dengan mazhab secara mutlak.
2. Sikap pertengahan di antara golongan yang berhukum dengan akal
semata- mata walaupun menyalahi
nas yang qat’i dengan golongan yang menafikan peranan
akal walaupun untuk memahami nas.
3. Sikap pertengahan di antara golongan yang bersikap keras dan
ketat walaupun dalam
perkara-perkara furu’ dengan golongan yang bersikap bermudah- mudah walaupun dalam perkara-perkara
usul.
4. Sikap pertengahan di antara golongan yang terlalu memuliakan
turath walaupun realiti semasa
sudah berubah dengan golongan yang mengabaikan turath walaupun di dalamnya terdapat
panduan yang berguna.
5. Sikap pertengahan di antara golongan yang mengingkari peranan
ilham secara mutlak dengan
golongan yang menerimanya secara melampau, sehingga menjadikannya sumber hukum syara’.
6. Sikap pertengahan di antara golongan yang berlebihan dalam
mengharamkan, sehingga seperti
tiada sesuatupun perkara yang halal dengan golongan yang terlalu mudah menghalalkan seakan
tiada sesuatupun perkara yang haram.
7.
Sikap
pertengahan di antara golongan yang mengabaikan nas dengan alasan untuk menjaga maqasid syariah dengan
golongan yang mengabaikan maqasid syariah
dengan alasan untuk menjaga nas.
Kedua, persamaan konstektual. Khawarij
lahir daripada budaya ekstrem padang pasir dan kejahilan kerana baru memeluk
Islam. Manakala Salafi jihad lahir melalui konstektual penindasan pemerintah
Mesirterhadap gerakan Islam. Selepas pembunuhan Syed Qutb, pendokong awal
proto- salafi jihad merasakan bahawa sistem demokrasi tidak akan membantu perjuangan
mereka yang menyebabkan mereka menukar haluan kepada pendekatan revolusi. Ia
juga lahir dalam suasana budaya dan iklim melampau seperti Afghanistan.
Mengikut teori Ibn Khaldun, faktor iklim dan persekitaran akan membentuk watak
manusia yang kasar dan keras. Sifat dan perwatakan ini perlu dibimbing
sepenuhnya melalui institusi pendidikan Islam.
Kajian mendapati bahawa Pelajar Daesh Malaysia yang terlibat dalam
perang melawan kuasa soviet di Afghanistan memang terpengaruh dengan ideologi
dan tabiat budaya esktrem ini yang kemudiannya cuba membawanyake Asia Tenggara.
Hal ini memang bertentangan dengan tabiat masyarakatAlam Melayu tidak akan
menerima pendekatan sebegini. Satu hal lagi, pemergiaan pelajarMalaysia ke sana
bukan didorong kerana tujuan menuntut ilmu dibawah semangat rehlah ilmiah,
tetapi semata-mata ingin berperang dan mendapat status mati syahid.Bahkan, dalam
realiti Malaysia golongan ini sangat berbangga dengan pengalaman ini. Hal ini
terbukti apabila mereka mewujudkan persatuan bekas pejuang Afghanistan untuk
melanjutkan idealism ini di Malaysia. Tidak hairan lah apabila mereka
meneruskan budaya dan aktiviti keganasan di Malaysia.
Ketiga, persamaan sifat jahil dan
bebal. Fakta sejarah mencatatkan bagaimana Khawarij enggan menerima pandangan Saidina
Ali tentang sebab kenapa Majlis Tahkim dengan Muawiyah bin Abi Sufyan
dilakukan. Bahkan lebih dasyat lagi mereka telah berkomplot membunuh Saidina
Ali, Pintu Ilmu Pengetahuan Islamini.Salafi jihad juga enggan menerimapandangan
ulamak Islam yang muktabar, tetapi bertaqlid hanya kepada tokoh rujukan idola
mereka semata-mata.Lagipun, keahlian golongan ini dicatatkan terdiri daripada golongan
muda yang cetek agama tetapi kuat semangat untuk memperjuangkan Islam. Lebih
rinci lagi, kita mendapati;
1. keduanya
mencabar Dominant Tradition Islam yang terbina lebih awal.Khawarij
menolak world-view kefahaman Islam, khususnya sistem khalifah yang terbina sebelumnya
oleh Sahabat-Sahabat besar. Salafi jihad juga menolak sistemkerajaan Islam
semasa kerana dianggap menerima warisan penjajah barat.
2. Keduanya menolak
elemen konstektual dalam perjuangan Islam.Khawarij menyamakan gaya pemerintahan
Ali dengan Muawiyah. Salafi jihad juga menegaskan semua kerajaan umat Islamsemasa
sebagai sesat (Toghut)dan mengikut dasar barat. Sistem kerajaan Malaysia secara
mutlaknya disamakan dengan kerajaan bukanIslam. Mereka enggan menerima hakikat
bahawa hal ini berlaku kerana faktor sejarah kita pernah dijajah dan terpaksa mewarisi
sistem pemerintahan westministerBritish. Sedangkan, selepas merdeka memang
dilakukan usaha penambahbaikian ke atas sistemwarisan British ini.
3. Keduanya
memilih tindakan yang melampau dalam operasi gerakan. Khawarij mengutamakan
aksi melampau ini dengan melakukan beberapa siri keganasan yang menumpahkan
darah umat Islam. Tindakan ini telah menyebabkan Saidina Ali seorang yang tidak
menyukai peperangan sesama Islam memerangi mereka habisan dalam perang Nahrawan.
Bahkan di akhir hayatnya, Ali telah berpesan kepada kedua puteranya; berhati-hati
dengan golongan sesat ini, yang akan merosakkan kesucian Islam dan zuriat
mereka akan sentiasa ada di tulang sulbi ayah-ayah mereka.Salafi jihad
turut melakukan hal yang sama. Contohnya, mereka menghalalkantindakanpengeboman
bunuh diri tanpa menghiraukan nasib orang awam yang tidak berdosa.
DiMalaysia, walaupun secara
relatifnya keadaan masyarakat yang aman tetapi golongan KMM (Kumpulan Militan
Malaysia) telah memilih gerakan yang menjurus kepada keganasan. Secara jelasnyamereka
sangat mengutamakan aksi keganasan. Beberapa contoh tindakan KMM ini;
a. a) KMM ditubuhkan bagi
menumbangkan kerajaan menggunakan kaedah revolusi. Mereka berselindung secara
rahsia dalamparti PAS yang dianggap satu-satunya platform perjuanganIslam
sejati. Hal ini tetap diteruskan secara bersembunyi keranamereka memaklumi PAS
tidak akan bersetuju dengan pendekatan revolusi ini.
b. b) Mereka menyeludup dan
menyimpan senjata dalam kapasiti yang banyak untuk digunakan apabila perlu.
c. c) Mereka melakukan aksi keganasan
dengan mengebom kuil hindu, menyerang balai polis, merompak Southern bank,
melakukan pembunuhan Joe Fernades (kononnya bertanggungjawab memurtadkan ramai
gadis Melayu), mengancam untuk membunuh
d. d) Wanita Melayu yang murtad dan cubaan menyerang tentera
Navy Amerika yang mendarat diMalaysia.
e. e) Mereka terlibat dalam usaha indoktrinasi ahli daripadamasyarakat
awam dan pelajar IPT.
Comments
Post a Comment