[SIRI 5] FATWA PENGHARAMAN PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR


PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR: MENGAPA IA PERLU DITOLAK

[SIRI 5] FATWA PENGHARAMAN PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR

SUMBER:  BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA (BTDM)
Oleh: Mej Hj Ahmad Shukri Hj Hashim



PENGWARTAAN PENGHARAMAN


Beberapa negeri di Malaysia seperti Selangor dan Pahang telah mewartakan pengharaman pertubuhan ini.  Bagi Negeri Selangor fatwa pengharaman Hizbut Tahrir telah diwartakan di bawah seksyen 47 Jil 68 No.19 bertarikh 17 September 2015 yang menyebut seperti berikut:

“Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah:


1. Menjadi ahli kumpulan dan mengamal ajaran Hizbut Tahrir

2. Berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.

3. Mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain.

4. Berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, peniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.

5. Melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Hizbut Tahrir.
Mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman ajaran Hizbut Tahrir.

6. Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih.

7. Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.


“Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Selangor “

Comments