[SIRI 6] ANCAMAN HIZBUT TAHRIR TERHADAP ATM


PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR: MENGAPA IA PERLU DITOLAK
[SIRI 6] ANCAMAN HIZBUT TAHRIR TERHADAP ATM

SUMBER:  BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA (BTDM)
Oleh: Mej Hj Ahmad Shukri Hj Hashim




SASARAN HIZBUT TAHRIR TERHADAP ORGANISASI ATM

Pertubuhan ini cuba menyebarkan fahaman dan menghasut masyarakat agar menolak sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh negara Malaysia kerana mendakwa ianya  bersifat sekular dan wajib ditukar dengan sistem pemerintahan Islam berkhalifah. Bagi tujuan mengambil alih pemerintahan negara, mereka akan mengunakan pihak-pihak yang berkuasa dalam negara seperti Angkatan Tentera Malaysia untuk mengguling kerajaan sedia ada dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada mereka yang mana mereka namakan pendekatan tersebut dengan istilah طلب النصرة (tolabun nusroh) yang bermaksud memohon kemenangan, pada waktu itu mereka akan membentuk kerajaan berkhalifah yang dipimpin oleh seorang khalifah Islam. Bagi mencapai misi tersebut mereka mula mendekati, menawan hati dan mendakwah pemimpin-pemimpin ATM dan anggota-anggotanya untuk menerima pertubuhan  mereka sehingga terhasil dakwah mereka secara total.  Mereka menggunakan saluran laman web, bahan bacaaan buku dan risalah serta kelas-kelas penerangan di seluruh Malaysia untuk menarik keahlian dan pengaruh kepada pertubuhan mereka.

Comments