PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR: MENGAPA IA PERLU DITOLAK
[SIRI 7] KESAN TERLIBAT DENGAN PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR
SUMBER: BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA (BTDM)
Oleh: Mej Hj Ahmad Shukri Hj Hashim
Memandangkan Kerajaan
Malaysia telah mewartakan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) dan fatwa pengharaman Hizbut Tahrir oleh
beberapa negeri, maka telah jelas bahawa pertubuhan Hizbut Tahrir adalah pertubuhan
yang haram dan sesiapa yang terlibat dengan pertubuhan ini sama ada secara
langsung atau tidak langsung adalah salah di sisi undang undang negara dan juga
di sisi agama Islam. Justeru itu, pertubuhan ini wajib disekat dari merebak di
negara ini khususnya di dalam organisasi ATM berasaskan kaedah fiqh sadd
az-zara’ei (menyekat jalan-jalan kerosakan) dan dar’u al-mafasid muqoddam ‘ala
jalbi al-masolih (menghalang keburukan lebih utama daripada membawa kebaikan)
kerana pemikiran ekstrim yang dipegang oleh Hizbut Tahrir tentang konsep
khilafah boleh membawa implikasi buruk kepada keharmonian aqidah dan
keselamatan negara. Oleh yang demikian, setiap warga ATM dari segenap lapisan
hendaklah menjauhi diri dari terlibat dengan pertubuhan ini demi menjamin dari
disabitkan dengan salah laku jenayah yang natijahnya akan memberi kesan buruk
kepada diri sendiri, keluarga, kerjaya serta organisasi.
Comments
Post a Comment