TINGGAL 'BEG' BAWAH KERUSI, 12 MAUT BAS MINI MELETUP
IRAQ: Sekurang-kurangnya 12 terkorban
manakala lima lagi cedera selepas bom meletup di dalam sebelum bas mini yang
penuh dengan penumpang. Menurut pegawai keselamatan Iraq, kejadian berlaku di
luar kota suci pengikut Syiah iaitu di Karbala, di sini, pada Jumaat malam.
Letupan berlaku ketika bas tersebut melalui sebuah pos pemeriksaan tentera
Iraq, kira-kira 10 kilometer di selatan Karbala, menuju arah bandar al-Hilla.
Sebelum letupan berlaku, pegawai
memberitahu portal berita The Associated Press, seorang penumpang turun dari
bas mini itu dan meninggalkan beg yang dipercayai mengandungi bahan letupan.
Beg tersebut ditinggalkan di bawah kerusi sebelum ia diletupkan di pos
pemeriksaan dari jarak jauh. Kesemua mangsa yang terkorban adalah orang awam.
Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut.
Source: Astro Awani – 21 September 2019
"Bersama Menentang Ekstremis!"
IKUTI KAMI 👇
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
Comments
Post a Comment