SHAH ALAM - Soal keganasan tidak boleh dikaitkan dengan agama, kaum dan warna kulit kulit kerana tiada kompromi terhadap mereka yang mahu menggugat keselamatan dan keamanan negara. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka sebaik mungkin berlandaskan kepada undang-undang dan maklumat sahih terhadap mereka yang terlibat atau menyokong keganasan. "Peranan PDRM adalah untuk menjaga keselamatan, keamanan dan keselesaan orang awam. Jadi setiap kumpulan yang ingin mendatangkan ancaman keselamatan kepada negara ini akan dipantau walaupun mereka ini beroperasi di luar negara dan mempunyai sokongan oleh orang tempatan.
.
Katanya, kejayaan polis mematahkan atau melumpuhkan gerakan pengganas sejak dahulu disebabkan oleh kecekapan dan mempunyai hubungan baik dengan rangkaian pihak berkuasa antarabangsa. "Dengan bantuan polis antarabangsa ini, kita dapat maklumat tertentu daripada rakan sejawat tentang kumpulan-kumpulan pengganas yang beroperasi di negara mereka. Dengan itu kita lebih berhati-hati dan bersedia sekiranya ada pemimpin atau ahli kumpulan pengganas ini ke negara kita," katanya. Mengulas mengenai pihak yang menggesa kerajaan untuk menghapuskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Musa berkata, mereka yang ditahan boleh membela diri di mahkamah.
.
"Kalau dahulu kata polis salah guna kuasa melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) tetapi sekarang ia telah dihapuskan. Sekarang ada SOSMA di mana akan dituduh di mahkamah dan mereka yang ditahan boleh membela diri. Jelasnya, suatu kejanggalan sekiranya kerajaan hari ini sendiri mempertikaikan tindakan polis yang melakukan penahanan kepada mereka yang dikatakan terlibat atau menyokong keganasan. "Sepatutnya sebagai kerajaan mereka bertanggungjawab sama-sama mempertahankan keselamatan dan keamanan negara. Bukankan itu yang dimahukan oleh mana-mana negara di dunia ini? "Pesanan saya kepada rakyat yang sayang dan cintakan negara agar sama-sama membantu polis dalam penyiasatan ini dan bukan menghina atau membantah dengan mengatakan polis menyalahgunakan kuasa," katanya.

Full news: Sinar Harian (BEKAS KETUA POLIS) – 15 Oct 2019
FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"
Comments
Post a Comment