KETUA kumpulan militan
Daish, Abu Bakr al-Baghdadi disahkan terbunuh dalam operasi kenteraan di Syria
yang diketuai Amerika Syarikat pada Ahad. Perkara itu diumumkan Presiden
Amerika Syarikat Donald Trump dalam satu sidang media khas di Washington D.C.
Operasi
bagi menangkap dan membunuh al-Baghdadi dilancarkan di wilayah Idlib, Syria. Menurut
Trump, Baghdadi membunuh diri dengan meletupkan jaket pengeboman diri ketika
serangan operasi khas tentera AS. Tiga anaknya turut terbunuh.
Baghdadi adalah
sasaran operasi yang dirancang secara rahsia dan diluluskan oleh presiden
Donald Trump. Badan pemantau perang Syria, Syrian Observatory for Human Rights
melaporkan, serangan yang melibatkan lapan helikopter dan sebuah pesawat perang
mensasarkan kawasan Barisha di utara Idlib, di mana operasi daish dipercayai
bersembunyi. Katanya, serangan berlaku selama dua jam dan mengakibatkan
sekurang-kurangnya sembilan kematian. Namun sama ada baghdadi antara yang maut,
belum dapat disahkan.
Menurut laporan media,
kajian biometrik sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti mereka yang
terbunuh dalam serbuan itu. Baghdadi, 48 tahun dan berasal dari Iraq, telah
membina gerakan ekstremis Daish yang ganas dan berpengaruh. Sekitar tahun 2014,
dia didakwa mengisytiharkan sebuah wilayah 'khalifah' di seluruh wilayah Syria
dan Iraq. Ia dipersalahkan kerana mengakibatkan kematian ribuan orang awam,
melaksanaan hukuman mati dan dituduh melakukan jenayah perang.
Sumber: Astro Awani- 27 OCT 2019
FOLLOW
US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"
Comments
Post a Comment