MILITAN DAESH LARI ELAK PERTEMPURAN DITANGKAP


MILITAN DAESH LARI ELAK PERTEMPURAN DITANGKAP.

BAGHDAD: Menteri Pertahanan Iraq, Najah al-Shammari pada Rabu berkata pasukan keselamatan menangkap sejumlah militan Daesh yang cuba menyusup ke negara itu bagi mengelak pertempuran di Syria, lapor agensi berita Xinhua. Al-Shammari membuat komen itu ketika lawatannya ke sempadan Iraq-Syria di mana beliau bertemu komander pasukan keselamatan.
.
Menurut agensi berita itu, Al-Shammari telah menekankan keperluan untuk terus memburu mereka yang telah menyusup masuk ke Iraq serta melakukan persediaan bagi mengekang penyusupan pengganas di sempadan Iraq-Syria. Lawatan Al-Shammari ke kawasan itu dengan pasukan Syria dibuat setelah Turki melancarkan operasi ketenteraan terhadap pejuang Kurdish, yang telah mencetuskan kritikan masyarakat antarabangsa dan dunia arab serta amaran peperangan menentang keganasan mungkin terjejas.
.
Iraq bimbang militan Daesh dapat melarikan diri ke Iraq dan menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara itu semasa serangan Turki di Syria. 
.
.Sumber: Al-Hijrah Online - 18 OKT 2019
.
FOLLOW US 👇
.
"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"

Comments