MILITAN TERPESONG DIRESAPI IDEOLOGI SALAH


[SIRI 3] TAPIS PENCERAMAH, PENCERAMAH TEMPATAN, LUAR NEGARA

Penulis:  Hasliza Hasan
Sumber: Berita


 "Tapis semua penceramah, pensyarah tempatan dan luar negara sebelum dijemput atas dasar akidah. Wujudkan institusi khusus yang mengkaji serta memantau perkembangan media bagi langkah pencegahan selain mengawal elemen ekstrem, pelampau, sekularisme dan liberalisme," katanya.
Langkah penting lain ialah memperbaiki pengurusan pentadbiran dan persepsi di mana jika ada kelemahan pentadbiran perlu dimantapkan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian 8 (M) Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, ketika berkongsi fakta mengenai ancaman militan IS berkata, golongan ekstrem ini banyak mengambil pandangan keras Ibnu Taimiyah dan tokoh sealiran dengannya yang dijadikan rujukan dalam buku dihasilkan mereka. Beliau berkata, kebanyakan yang menyertai kumpulan mendakwa sebagai golongan salafi, tetapi tidak mempunyai asas agama yang kukuh menyebabkan mereka mudah terpengaruh serta menerima ideologi yang disebarkan oleh ketua kumpulan berkenaan.

"Ideologi Islamic State Salafi Jihadi ini, demokrasi dan perlembagaan negara dianggap syirik dan wajib diperangi. Mereka menolak ijmak dan qias, negara Islam sekular murtad dan perlu diguling secara jihad qital. Orang bukan Islam dianggap kafir harbi dan wajib diperangi.
"Pihak polis dan kerajaan boleh dibunuh, harta mereka boleh dirampas. Halalkan darah dan harta orang Islam yang mengamalkan bidaah. Mempertikai perkara furuk dan menolak pegangan bermazhab. Golongan ini jika kita ikut boleh jadi liberal atau pengganas, jadi perlu hati-hati," katanya.

Katanya, fakta itu diperoleh daripada isi kandungan buku kumpulan berkenaan yang dirampas dan dikaji oleh pakar. Malah, Mufti Makkah, Sheikh Ahmad Zaini Dahlan dalam kitab Ad-Durrar as Sanniyah mengatakan golongan ini terseksa bila mendengar orang berselawat dan sanggup bunuh siapa yang berselawat.

Ayob berkata, daripada soal siasat dilakukan terhadap ketua kumpulan militan dan pengikutnya yang berjaya ditahan, fikrah mereka sama iaitu bermula dengan mengikuti kelas anjuran kumpulan berkenaan sebelum pemikiran dipengaruhi yang akhirnya mereka menyertai kumpulan itu.

FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

Comments