IPOH: Seorang pembantu restoran dihadapkan
ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memiliki buku berkaitan
kumpulan pengganas Daish pada Mei lalu. Hafiz Othman, 42 tahun, didakwa kerana
memiliki empat naskah majalah yang berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan
dengan Daish.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di
Jalan Malim Nawar, Kampung Changkat Baru, Malim Nawar, Kampar kira-kira 2.30
petang, 18 Mei 2019. Hafiz didakwa di bawah Seksyen 130JB (1)(a) Kanun
Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama. Jika sabit
kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda
dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut. Hakim Norashima Khalid
membenarkan permohonan Timbalan Perdakwa Raya Mohd Izhanudin Alias supaya kes
tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicara.
Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
Pada 30 Mei lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, dengan
niat untuk pergi ke Wilayah Sinai Mesir melalui Kaherah, bagi tujuan melakukan
perbuatan pengganas. Mengikut pertuduhan, Hafiz didakwa melakukan kesalahan itu
di Pintu C1 Terminal Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
pada 6.05 petang, 17 Mei lalu.
Bagi pertertuduhan itu, dia didakwa
mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum
penjara maksimum 30 tahun berserta denda.
Sumber: Astro Awani- 25 OCT 2019
Oleh: Abd Razak Mohd Ali
Oleh: Abd Razak Mohd Ali
FOLLOW
US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"
Comments
Post a Comment