[ SIRI 1]: ISU-ISU FIQH TERPILIH BERKAITAN WANITA MALAYSIA DALAM KUMPULAN IS
PENULIS: Muhd Imran Abd Razak, Mohd Anuar Ramli (PhD), Rahimin Affandi Abdul Rahim (PhD), Muhammad Yusri Yusof @Salleh, Paiz Hassan dan Nurul Khairiah Khalid
SUMBER: Jabatan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Pengkaji mengetengahkan dua isu hukum fiqh terpilih berkaitan wanita dalam kumpulan IS, iaitu jihad nikah dan musafir tanpa mahram. ‘Jihad nikah’ adalah merujuk kepada tindakan kaum wanita yang berhijrah ke Syria dan Iraq untuk menjadi isteri kepada pejuang IS. Jika dilihat kepada kajian-kajian di peringkat antarabangsa terhadap isu jihad nikah ini, terdapat sekurang-kurangnya dua trend dapatan kajian:
Pertama, kajian yang menyatakan peranan wanita dalam jihad nikah adalah sebagai pemuas nafsu pejuang-pejuang lelaki IS. Mereka melihat wanita di bawah kekuasaan IS hidup dalam ketakutan, menjadi hamba seks dan dijual beli sesama pejuang sesuka hati (Insfandiari et al., 2014).
Kedua, kajian yang menyatakan wanita memainkan peranan dalam rumah tangga secara konservatif, iaitu menguruskan rumah dan anak-anak termasuk memberikan pendidikan kepada anak-anak dalam melahirkan pejuang IS masa depan. Kajian jenis ini melihat wanita tidak menjadi mangsa tetapi mereka yang memilih untuk hidup sedemikian (Strommen, 2017). Selain mendidik anak-anak, mereka bertugas merekrut ahli baru melalui media sosial, bertugas di jabatan-jabatan tertentu dan mengangkat senjata jika diperlukan (Sara Mahmood, 2015). Secara adil, kedua-dua trend kajian tersebut adalah berdasarkan sudut pandang para pengkaji terhadap isu jihad nikah. Pandangan trend yang pertama dilihat terpengaruh dengan perspektif penghambaan wanita-wanita yang ditawan kumpulan IS. Manakala kajian trend kedua hanya menilai peranan wanita-wanita yang secara sukarela ingin menjadi isteri-isteri pejuang IS.
FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"
Comments
Post a Comment