PROGRAM PEMULIHAN IDEOLOGI EKSTREMISME ISLAM : ANALISIS KRITIKAL


PROGRAM PEMULIHAN IDEOLOGI EKSTREMISME ISLAM : ANALISIS KRITIKAL

PENULIS: Mohd Imran Abdul Razak, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Siti Maimunah Hj. Kahal, & Rabiatul Adawiyyah Binti Mohamed Ratha.
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Lembah Pantai 

Ancaman ideologi ekstrem yang sering dikaitkan dengan ajaran Islam merupakan sesuatu yang nyata melanda umat Islam pada hari ini. Hal ini telah menyebabkan Islam sebagai sebuah ajaran keamanan telah disalah ertikan sebagai punca kepada kekerasan dan keganasan. 
.
Kemunculan gerakan-gerakan ekstremisme dan terrorisme yang terdiri daripada minoriti kecil umat Islam seperti gerakan alQaeda, Jemaah Islamiyyah, Abu Sayyaf dan yang terkini Daesh telah menyebabkan generalisasi dilakukan terhadap keseluruhan umat Islam sehingga mendorong kepada kemunculan gejara Islamofobia. Oleh itu, negara-negara yang menghadapi ancaman ektsremisme ini perlu mengambil langkah proaktif bagi membendung ancaman ini daripada berterusan, melalui program counterterrorism dan pemulihan ideologi ekstrem. 
.
Namun begitu, kewujudan pelbagai model pencegahan dan pemulihan ekstremisme yang sedia ada telah menimbulkan tanda tanya berkenaan tahap keberkesanan setiap model berkenaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis model-model program pemulihan yang sedia ada bagi mengenalpasti model yang berkesan serta aspekaspek yang perlu diberikan penekanan dalam melakukan program pemulihan ideologi ekstremisme Islam.
.
.
FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"

Comments