PROGRAM PEMULIHAN IDEOLOGI EKSTREMISME ISLAM : ANALISIS KRITIKAL

PROGRAM PEMULIHAN IDEOLOGI EKSTREMISME ISLAM : ANALISIS KRITIKAL

Mohd Imran Abdul Razak,Rahimin Affandi Abdul Rahim,Mohd Anuar Ramli,Siti Maimunah Hj. Kahal, &Rabiatul Adawiyyah Binti Mohamed Ratha.
Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya

[ SIRI 1] Ancaman Terorisme Islam

Dewasa ini, masyarakat Islam telah ditimpa dengan pelbagai masalah besar. Antaranya adalah masalah kemiskinan dan kemunduran yang menyebabkan terpaksa bergantung dengan Negara Barat. Namun begitu, masalah terbesar adalah isu ekstremism Islam yang telah mencacatkan citra Islam di mata dunia.Selepas peristiwa 9/11 2001 kita dapat menyaksikan pelbagai kesan sampingan (ChainOf Reaction) akibat daripada keganasan yang berlaku. Setiap kali aksi keganasan dilakukan oleh ekstremis Islam, seperti pengeboman Bali, Kenya, Tanzania, Madrid dan London, ianya akan diikuti dengan tindak balas daripada pihak kuasa Barat. Contohnya, di Indonesia selepas pengeboman Bali telah mencetuskan lagi beberapa siri pengeboman di banyak tempat di Indonesia.

Sepanjang tahun 2000-2005 memang berlaku banyak pengeboman lain seperti Bom Hotel J.W. Marriot tahun 2003, Bom Kedutaan Besar Australia tahun 2004 serta Bom Bali II tahun 2005.Secara umumnya, masyarakat Asia Tenggara seolah-olah menyangka bahawa selepas tragedi pengeboman Bali 2002, pengaruh Jemaah Islamiyyah  al-Qaeda telah pun mati. Ini berlaku kerana kebanyakan tokoh-tokoh penting dalam Jemaah Islamiyyah samada telah mati,ditangkap atau mendiamkan diri. Namun begitu, ternyata ancaman keganasan tersebut masih belum terhapus sepenuhnya, sebaliknya mucul semula dalam bentuk yang baru. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Bilveer Singh.

Maknanya, masyarakat Asia Tenggara seolah-olah menyangka pengaruh pengaruh Jemaah Islamiyyah telah pun mati sepenuhnya. Dalam soal ini,Bilveer Singh memberi amaran bahawa dakwaan ini kurang tepat. Ini kerana hasil temubual dengan Abu Rushdan yang terkini yang mendedahkan bahawa Jemaah Islamiyyah telah beroleh keuntungan dengan perkembangan pesat ISIL. Ia menjelaskan beberapa perubahan taktik gerakan dan keuntungan yang diperolehi Jemaah Islamiyyah. Paparan yang diberikan ini amat menakutkan. Ia memerlukan pihak berkuasa di AsiaTenggara menyediakan plan bertindak yang sepatutnya. Antaranya adalah dengan menyediakan pelan pemulihan yang sebaiknya..
.
.
FOLLOW US 👇
.
"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"

Comments