PROGRAM PEMULIHAN IDEOLOGI EKSTREMISME ISLAM : ANALISIS KRITIKAL


PENULIS: Mohd Imran Abdul Razak,Rahimin Affandi Abdul Rahim,Mohd Anuar Ramli,Siti Maimunah Hj. Kahal, &Rabiatul Adawiyyah Binti Mohamed Ratha.
Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya

[ SIRI 2 ] Program Pemulihan Ekstremism

Program pemulihan ekstremisme yang terkenal dan diakui keberkesanannya pada zaman moden adalah program di Arab Saudi,Singapura dan Malaysia. Ia dalam dua bentuk utama, Pertama, De-Radikalisme ; merujuk kepada proses memisahkan seseorang samada secara sukarela atau paksaan daripada ideologi radikal. Manakala kedua , Disanggaement; proses memisahkan dan menjauhkan seseorang ekstremis daripada kumpulannya, walaupun tanpa mengubah ideologi ekstremnya. Pada dasarnya model Counter-Terorism di tiga buah negara ini menerima pakai pendekatan hard (kuasa kekerasan) dan soft (kuasa pujukan) untuk menanggani ancaman ekstremisme.

Bagaimana Modus Operandi Program Pemulihan Dijalankan
Program pemulihan ini menuntut pihak bertanggungjawab untuk :
1. Mengesan, mengintip dan membuat tangkapan.
2. Mengetahui butiran ajaran dan daripada mana seseorang itu mendapat ideologi ekstrem.
3. Menjalankan proses counter-terorism (memulihkan) semasa dalam tahanan
4. Sokongan kepada ahli keluarga ekstremis.
5. Membebaskan tetapi tetap berada dalam pemantauan.
6. Bantuan penggunaan internet sebagai bahan sokongan - untuk mendedahkan kelemahan ideologi dan kumpulan ekstremis
.
.
FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"

Comments