RISIKO PENYELUDUPAN IDEOLOGI GANAS DALAM ORGANISASI POLITIK & NGO

Semua pihak harus berlapang dada, tidak ada satu entiti pun yang boleh merasakan mereka selamat daripada ancaman ideologi-ideologi bersifat ekstrem dan ganas termasuklah terroris.

Terroris dan organisasi politik atau NGO mempunyai objektif yang sangat berbeza, tetapi mempunyai persamaan yang jelas iaitu memerlukan kemudahan logistik seperti pendanaan, material, personel dan sokongan public dan massa.

Thomas J. Biersteker & Sue E. Eckert dalam bukunya bertajuk Countering The Financing of Terrorism menjelaskan bahawasanya kumpulan terroris juga mempunyai agenda yang sama dan sering menjadikan parti-parti politik dan NGO sebagai platform untuk mencapai agenda yang dirancang.

Dalam sejarah, di Malaysia ramai anggota KMM dan JI pernah menjadikan parti PAS sebagai platform gerakan mereka, LTTE menjadikan DAP sebagai platform, Hamas, Fatah dan MILF menjadikan UMNO sebagai platform. Dan banyak lagi yang berlaku tanpa disedari termasuklah gerakan seperti Ikhwan,Wahhabi, Komunis, Sosialis, Ultras dan lain-lain lagi.

Dari segi NGO pula, ISIS menjadikan Jamat At-Tabligh dan Muslim Aid sebagai platform.  Khalsa Barbar International (BKI) menjadikan Sikh Organisation for Prisoners Welfare dan Khalsa Aid sebagai platform, Hamas menjadikan International Islamic Relief Organization dan Holy Land Foundation for Relief Development sebagai platform, Saffron Terror (India) menjadikan Rashtriya Swaransevak Sangh sebagai platform dan banyak lagi.Malah USAID juga pernah digunakan untuk penyaluran dana terroris di Sudan.

Terroris juga menggunakan industri gelap seperti penyeludupan dadah, senjata api dan penyeludupan manusia sebagai alternatif mendapat dana operasi mereka. Taliban pernah menggunakan Bagram Airbase di bawah seliaan tentera USdi Afghanistan sebagai laluan penyeludupan dadah ke USA, Taliban juga menggunakan Mafia Rusia untuk melengkapkan aktiviti penyeludupan senjata api. Kurdish Workers Party (PKK) menggunakan sempadan Iraq, Syria, Jordan, Iran dan Turki untuk pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan, begitu juga Abu Sayyaf Group di Mindanao dan Pattani United Liberation Organisation (PULO) di selatan Thailand.

Semua pihak termasuk mana-mana parti politik  terdedah kepada ancaman terroris yang mengambil kesempatan tanpa disedari termasuklah oleh pimpinan organisasi tersebut. Saya tidak menuduh mana-mana parti politik mendanai atau memayungi aktiviti terroris, akan tetapi mereka berkemungkinan besar digunakan oleh pihak terroris untuk menjalankan aktiviti politik mereka.

Malah dalam beberapa keadaan kerajaan tertentu juga didapati melindungi perbuatan terrorism termasuklah melalui agensi risikan negara masing2. Inter Services Intelligenci (ISI) dipercayai mendanai pemisah Kashmir, India’s Research and Analysis Wing (RAW) mendanai LTTE,

Semua pihak harus berhati-hati, saya sama sekali tidak menuduh mana-mana parti politik memayungi atau menyokong pertubuhan pengganas, akan tetapi yang dimaksudkan disini adalah organisasi anda telah digunakan sebagai platform tanpa disedari. Kenapa ini terjadi? Kerana anda kurang pemahaman dan pengetahuan tentang gerakan terroris, bersikap akomodatif dengan mana-mana kumpulan atau individu yang datang ke negara ini dan kemakmuran yang dimiliki negara telah menjadi magnet kepada sesetengah pihak untuk datang mendapatkan sokongan dan terutamanya dana.

Sumber: Dr. Mohd Mizan Aslam
Pakar Kajian Strategik & Anti-Keganasan

FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"

Comments