[SIRI 3] FAHAMI KONSEP NEGARA ISLAM

[ARTIKEL] KEJAHATAN KUMPULAN IS CEMARI ISLAM
[SIRI 3] 
FAHAMI KONSEP NEGARA ISLAM

OLEH: AKHBAR SATAR-BH ONLINE-1 DISEMBER2015

Ideologi kumpulan IS tidak mencerminkan Islam (misinterpretation of religion) yang sebenar. Konsep negara Islam yang sebenar harus difahami dan dihuraikan supaya tidak terjebak ideologi atau kefahaman IS.

Selain pihak berkuasa pertahanan dan keselamatan, institusi agama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu mengekang penularan fahaman IS ini selaras penetapan majlis itu bahawa IS adalah pertubuhan yang menyeleweng. Oleh itu, wajar kewujudan 'pertubuhan' IS diharamkan dan bukan setakat menyenarai hitam sahaja.

Orang ramai khususnya anak muda menyertai IS sebenarnya berada dalam keadaan jahil agama. Mereka tidak memahami erti jihad mengikut Islam secara menyeluruh. Kecenderungan untuk berjihad adalah disebabkan oleh kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid menurut syarak.

Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang ini bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam. Tiba masanya pihak berkuasa membersihkan negara daripada fahaman serta kumpulan yang menjurus kepada militan serta mempunyai ideologi terarah kepada keganasan seperti IS.
Usaha memerangi kumpulan IS sama ada di Malaysia atau di peringkat ASEAN dan antarabangsa perlu dilihat dari sudut lebih komprehensif. IS sudah jadi isu keselamatan global. Bukan lagi isu wilayah membabitkan Syria dan Iraq. Justeru, ketegasan setiap institusi dalam negara amat penting.

FOLLOW US 👇

"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"


Comments